Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kereta lumba F1 diperbuat daripada LEGO dipamerkan di Orchard Road

Lego dan kereta tidak dapat dipisahkan.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Lego dan kereta tidak dapat dipisahkan. 

Sebuah kereta saiz sebenar diperbuat daripada batu-bata permainan itu membuat kemunculan di Singapura.

Pameran tersebut berlangsung sedang bahang Formula 1 yang akan bermula minggu depan semakin hangat dirasakan.

Kereta lumba itu dibina dengan hampir 300,000 biji LEGO.
 
Model LEGO gergasi itu merupakan daya tarikan utama di gerai sementara pengalaman khas di kawasan Orchard Road. 

Para pengunjung juga berpeluang untuk duduk di dalam kereta itu serta mencuba kegiatan-kegiatan lain yang disediakan.

Singapura menjadi pusat perhentian pertama bagi kereta itu hingga 2 Oktober sebelum ia membuat persinggahan ke negara-negara lain dalam minggu-minggu mendatang.
 

Sumber : BERITA Mediacorp/hk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan