Skip to main content

Singapura

Kereta jenazah bawa keranda antara 4 kenderaan terlibat dalam nahas di CTE; 3 dibawa ke hospital

Anggaran Waktu Membaca:
Kereta jenazah bawa keranda antara 4 kenderaan terlibat dalam nahas di CTE; 3 dibawa ke hospital

Gambar: Singapore Roads Accident.com & Cloud Chaser/Facebook

SINGAPURA: Tiga orang dikerjarkan ke hospital selepas satu kemalangan melibatkan beberapa kenderaan berlaku di Ekspreswe Central (CTE) pada lewat pagi Khamis (20 Apr).

Seorang pemandu lori berusia 29 tahun dan dua daripada penumpangnya, berusia 36 dan 37 tahun, dibawa ke Hospital Khoo Teck Puat.

Dua lori, sebuah van dan sebuah bas terlibat dalam nahas tersebut yang berlaku di CTE menghala ke Ekspreswe Seletar, sebelum susur keluar Ang Mo Kio Avenue 3, menurut polis dalam respons kepada pertanyaan Mediacorp.

Pihak polis serta Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dimaklumkan mengenai kemalangan berkenaan sekitar pukul 11.50 pagi.

Setakat ini, masih tidak jelas punca kemalangan tersebut.

Bagaimanapun, satu rakaman video dari kamera papan pemuka, yang dimuat naik ke halaman Facebook Roads.sg, menunjukkan sebuah bas yang menyimpangkan kenderaannya secara tiba-tiba ke arah kanan, dengan mengelak daripada hampir melanggar sebuah kereta berdekatan.

Serpihan kelihatan berserakan di jalan raya berhampiran dengan bas tersebut.

Antara kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu kelihatan seperti sebuah kereta jenazah yang membawa keranda.

Beberapa gambar yang dimuat naik ke halaman Facebook Singapore Roads Accident.com menunjukkan kaca pintu belakang kereta jenazah berkecai dan kesan kemik di permukaan luaran kenderaan tersebut.

Sebuah lagi lori milik Comfort Design, iaitu sebuah peruncit perabot, juga mengalami kesan kemik di pintu belakang akibat kemalangan tersebut.

Siasatan polis masih sedang dijalankan.
Sumber : Today/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita