Skip to main content

Singapura

Kereta dijilat api susuli nahas PIE; pemandu dibawa ke hospital

Seorang lelaki berusia 33 tahun dibawa ke hospital selepas sebuah kereta terbakar di Lebuh Raya Rentas Pulau (PIE) dekat susur keluar Jalan Eunos, menurut pihak berkuasa pada Isnin (21 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 33 tahun dibawa ke hospital selepas sebuah kereta terbakar di Lebuh Raya Rentas Pulau (PIE) dekat susur keluar Jalan Eunos, menurut pihak berkuasa pada Isnin (21 Mac).

Kemalangan yang berlaku pada kira-kira pukul 10.35 pagi Ahad (20 Mac), melibatkan dua kereta di PIE yang menghala ke Toa Payoh, menurut polis semasa menjawab pertanyaan pihak media.

Pemandu salah sebuah kereta yang terbabit dalam kemalangan itu dibawa ke Hospital Besar Changi (CGH) dalam keadaan sedar.

Jurucakap Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menambah bahawa kebakaran itu berjaya dipadamkan menggunakan sebuah jet air dan punca kebakaran masih disiasat.

Rakaman video kebakaran itu yang diambil oleh pemandu lain, termasuk beberapa rakaman video yang turut dimuat naik ke laman YouTube kumpulan media sosial SG Road Vigilante, di mana sebuah kereta Honda Fit berwarna biru muda dijilat api di lorong tengah PIE yang sesak.

Bahagian depan kereta itu kelihatan remuk akibat kemalangan tersebut.

Sementara itu, sebuah kereta berwarna kelabu dilihat berhenti di bahu jalan raya beberapa meter di hadapan kereta yang terlibat dalam kemalangan itu.

Rakaman video yang lain menunjukkan kereta itu hangus dijilat api dan diselubungi asap tebal.

Polis masih menyiasat kejadian itu, menurut jurucakapnya.

Sumber : Today/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita