Kereta berdaftar SG tersadai di pantai Port Dickson
Baru-baru ini, sebuah kereta model Chevrolet Cruze yang berwarna hitam tersadai di sebuah pantai di Port Dickson, Negeri Sembilan dalam satu kejadian pada petang Selasa (29 Okt).
Anggaran Waktu Membaca:

PORT DICKSON: Baru-baru ini, sebuah kereta model Chevrolet Cruze yang berwarna hitam tersadai di sebuah pantai di Port Dickson, Negeri Sembilan dalam satu kejadian pada petang Selasa (29 Okt).
Insiden tersebut dirakam dan dimuat naik ke TikTok oleh pemilik akaun dari Rusia, Alexey di akaunnya @alexey.brock.
Dalam catatan itu beliau mendedahkan nombor plat pendaftaran kereta itu bermula dari huruf 'S'. Justeru memberi bayangan bahawa ia merupakan sebuah kereta dari Singapura.
Alexey kemudian turut menemubual seorang lelaki yang dipercayai pemandu kereta berkenaan, yang sedang duduk tidak jauh dari kenderaannya.
"Ia tersangkut di situ... Saya sedang memandu dengan perlahan. Tiba-tiba pasir basah... air dari asyik datang menghampiri.
"Waktu itu, dekat kawasan itu, ia agak jauh dengan gigi air. Tiba-tiba air naik. Kami akan tarik (kereta itu) keluar," kata pelancong dari Pakistan itu, seperti dinukil oleh mStar.
Video tersebut ditonton lebih daripada 418,000 kali.
Namun apa yang menarik perhatian warga maya adalah gelagat pelancong itu yang dengan penuh selamba dan santai duduk sambil menunggu bantuan.
Pemandu tersebut bagaimanapun tidak memperincikan bagaimana kereta yang dipandunya akan dibawa keluar, sama ada ditunda atau meminta bantuan pihak berkuasa.

Sumber : Sumber Web/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.