Kereta api di NEL terhenti di stesen MRT Punggol, penumpang 'terperangkap dalam kereta api'
Kereta api di Laluan Timur Laut (NEL) terhenti sedang ia menghampiri stesen MRT Punggol pagi tadi (2 Mac). Menurut saksi, para penumpang terpaksa keluar dari kereta api tersebut melalui pintu-pintu kecemasan.
(Gambar: Wilson Wong)
SINGAPURA: Kereta api di Laluan Timur Laut (NEL) terhenti sedang ia menghampiri stesen MRT Punggol pagi tadi (2 Mac). Menurut saksi, para penumpang terpaksa keluar dari kereta api tersebut melalui pintu-pintu kecemasan.
"Pagi tadi, kereta api terhenti ketika ia menghampiri stesen MRT Punggol," kata Naib Presiden Kanan Perhubungan Koporat SBS Transit Cik Tammy Tan. "Bagaimanapun, khidmat kereta api terus beroperasi di sepanjang laluan tersebut."
Kereta api berkenaan "terhenti separuh jalan" sedang ia menghampiri stesen MRT Punggol dan para penumpang diarahkan untuk mengosongkan kenderaan tersebut melalui pintu-pintu kecemasan, kata Encik Wilson Wong, yang tiba di platform di mana para penumpang dipindahkan pada sekitar 10.30 pagi.
"Para penumpang tidak boleh keluar dari kereta api seperti biasa dan (terpaksa) melalui pintu-pintu kecemasan," kata penulis berusia 44 tahun itu.
"Di stesen Punggol... pintu kereta api tidak boleh dibuka dan para penumpang terperangkap dalam kereta api," kata Eubb Hun dalam catatan Facebooknya yang dimuat naik pada 10.06 pagi.
Gambar-gambar menunjukkan para kakitangan dikerah untuk mengarahkan para penumpang turun dari kereta api dan berjalan di landasan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.