Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kereta api baru dengan gerabak lebih luas di Laluan Utara-Selatan, Timur-Barat mulai 4 Jun

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 01 Jun 2023 01:30PM Dikemas Kini : 02 Jun 2023 12:06AM

SINGAPURA: Bermula Ahad (4 Jun), Laluan Utara-Selatan dan Timur- Barat bakal mempunyai kereta api baru dengan ruang gerabak lebih luas, yang melalui stesen-stesennya.

Menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) hari ini (1 Jun), semua kereta api baru itu dilengkapi dengan tempat duduk ergonomik dengan reka bentuknya turut membolehkannya untuk menampung lebih ramai penumpang.


Di samping itu, kereta api baru akan mempunyai lebih banyak ruang khas bagi para penumpang berkerusi roda dan mereka yang menggunakan kereta sorong bayi.

Kesemuanya akan ada 106 kereta api baru sebegitu tetapi hanya 16 akan mula beroperasi bermula Ahad ini.

Ciri-ciri lain bagi kereta api baru yang diperkenalkan itu termasuk sistem paparan LCD di atas setiap pintu yang memaparkan maklumat laluan dan stesen, serta tingkap besar panoramik yang "meningkatkan lagi pengalaman pemandangan" penumpang.


Bagi mempertingkatkan keandalan dan melancarkan lagi penyenggaraan, kereta api baru juga akan dilengkapi dengan "sistem uji kendiri", yang memeriksa secara automatik sama ada kereta api sesuai untuk beroperasi sebelum perkhidmatan dimulakan setiap hari.

Pada masa akan datang, ciri-ciri pemantauan baru akan turut diterapkan untuk "segera mengenal pasti sebarang kemungkinan berlaku kerosakan yang kemudian membolehkan pembetulan dilakukan dengan lebih cepat".

Semua kereta api baru dibeli dari Alstom SA dan kira-kira dua kereta api akan mula dikerahkan setiap bulan. Kesemua 106 kereta api baru dijangka beroperasi menjelang akhir 2026.

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan