Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kereta api baru bagi laluan MRT Utara-Selatan, Timur-Barat tiba di S'pura

Dua daripada 106 kereta api baru bagi laluan MRT Utara-Selatan dan Timur-Barat (NSEWL) sudah tiba di Singapura, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Isnin (21 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Dua daripada 106 kereta api baru bagi laluan MRT Utara-Selatan dan Timur-Barat (NSEWL) sudah tiba di Singapura, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Isnin (21 Feb).

Direka di Jerman dan dihasilkan di China, kereta api baru itu akan menggantikan kereta api yang sudah beroperasi di dua laluan itu sejak 1987, kata LTA dalam satu catatan Facebook.

"Kereta api baru itu dilengkapi dengan - ciri-ciri pemantauan keadaan yang disepadukan bagi membantu penyenggaraan awal (dan) ciri-ciri mesra penumpang seperti skrin LCD berwajah baru yang memaparkan maklumat perjalanan kereta api,"tambah LTA.

Kereta api generasi pertama sekarang akan dihentikan operasi apabila kereta api baru itu mula berkhidmat pada hujung tahun ini.

LTA menyifatkan kereta api baru ini sebagai "warga antarabangsa".

"Konsep reka bentuk diilhamkan di Jerman sebelum ia dihasilkan dan dipasang di China, manakala bahagian kereta api itu diperolehi dari beberapa negara termasuk Britain, Perancis dan Jerman," menurut LTA.

"Dihiasi dengan jalur hijau dan merah yang merupakan desain ikonik #NSEWL, serta warna LTA, kereta api itu akan menjalani beberapa siri ujian menyeluruh sebelum ia siap beroperasi mulai akhir 2022."

Kereta api itu dihantar ke Singapura melalui jalan laut yang mengambil masa kira-kira sebulan.

Pada 2018, LTA mengumumkan bahawa ia membeli 66 kereta api baru untuk menggantikan kereta api lama yang sudah digunakan sejak 1987, apabila laluan Utara-Selatan dan Timur-Barat mula beroperasi.

Kereta api itu dibuat syarikat Kanada Bombardier Transportation dan dijadual tiba secara berkumpulan mulai 2021.

Pembelian set kedua sebanyak 40 kereta api dari Bombardier diumumkan pada 2020. Ia akan menggantikan kereta api generasi ketiga dan kedua di laluan Utara-Selatan dan Timur-Barat mulai 2024.

19 kereta api generasi kedua itu sudah beroperasi sejak 1995 manakala 21 kereta api generasi ketiga pula sejak 2000.

Setakat 2020, kedua-dua laluan itu menggunakan 198 kereta api dengan enam jenis berbeza.

Kesemua 106 kereta api baru berkenaan akan mempunyai reka bentuk yang sama.

Sejak pembelian itu diumumkan, Bombardier diperolehi oleh syarikat pengeluaran pengangkutan kereta api Perancis Alstom, dengan pembeliannya dimuktamadkan pada Januari 2021.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan