Kerencaman budaya antara nilai bersama bezakan SG daripada negara lain: PM Wong
Anggaran Waktu Membaca:
- Perdana Menteri Lawrence Wong berkata kerencaman budaya di Singapura tidak dicapai dengan mudah dan memerlukan komitmen bersama merentasi generasi.
- PM Wong berkata nilai-nilai yang dikongsi bersama membezakan Singapura daripada negara-negara lain dan menyatukan rakyat Singapura.
- "Daripada membiarkan perbezaan memisahkan kita, kita memilih untuk menerima kepelbagaian sebagai kekuatan."
- Seramai 300 rakyat baharu dari GRC Marsiling-Yew Tee menerima sijil kerakyatan mereka daripada PM Wong, yang juga anggota parlimen kawasan itu.
SINGAPURA: Perdana Menteri Lawrence Wong berkata kerencaman budaya di Singapura tidak dicapai dengan mudah dan memerlukan komitmen bersama merentasi generasi.
Semasa berucap di majlis kewarganegaraan Singapura di kawasan undi beliau, Marsiling-Yew Tee, PM Wong berkata nilai-nilai yang dikongsi bersama membezakan Singapura daripada negara-negara lain dan menyatukan rakyat Singapura.
"Kita adalah sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan budaya.
"Seperti yang dikatakan oleh Encik Lee Kuan Yew pada hari Singapura mencapai kemerdekaan - "Kita akan menjadi sebuah negara berbilang kaum di Singapura"; dan "Kami akan menjadi suri teladan". Di sini, semua orang sama, dan semua orang akan mempunyai tempat mereka masing-masing.
"Itulah yang kami usahakan selama ini. Daripada membiarkan perbezaan memisahkan kita, kita memilih untuk menerima kepelbagaian sebagai kekuatan.
"Kami meraikan perayaan masing-masing, menikmati makanan dan tradisi satu sama lain, dan kami menghormati semua ruang dalam masyarakat kami. Inilah yang menjadikan Singapura unik," kata PM Wong.
Seramai 300 rakyat baharu dari GRC Marsiling-Yew Tee menerima sijil kerakyatan mereka daripada PM Wong, yang juga anggota parlimen kawasan itu.
Mereka turut melafazkan ikrar dan menyanyikan lagu kebangsaan Singapura.
Sebahagian daripada rakyat baharu itu sudahpun memainkan peranan aktif dalam masyarakat, dan berharap untuk meningkatkan sumbangan mereka sebagai rakyat Singapura.

Sumber : CNA/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.