Kerani 'tidak dihargai' guna kad kredit bos sepuas hati, belanja sehingga S$29,000
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Gara-gara berasa kesal tidak dihargai majikan, seorang kerani menggunakan kad kredit pengarah syarikatnya untuk berbelanja sepuas hatinya di beberapa platform online termasuk Shopee dan Lazada.
Jocelyn Lee Sock Hui, warga Singapura berusia 28 tahun, membelanjakan S$29,246 kesemuanya dalam tempoh lima bulan.
Dia juga menggunakan akaun bank pengarahnya untuk membayar bil kad kredit sendiri.
Kesemuanya, Lee Kin Choi, iaitu pengarah syarikat Hai-Ou, mengalami kerugian melebihi S$45,000.
Mangsa, 78 tahun, mempercayai Jocelyn kerana beliau tidak begitu arif soal penggunaan teknologi dan wadah online, menurut dokumen mahkamah.
Perbuatan Jocelyn hanya terbongkar selepas menantu mangsa mendapat tahu tentang perkara ini lalu membuat aduan polis.
Pesalah dijatuhi hukuman penjara selama 15 bulan pada Selasa (24 Okt) dan diarah membayar pampasan sebanyak S$23,767 kepada mangsa.
Jocelyn sudah memulangkan S$22,000 secara berasingan.
Dia mengaku bersalah atas dua tuduhan menipu dan pecah amanah sebagai seorang pekerja. Tiga tuduhan lain turut dipertimbangkan.

Sumber : CNA/AQ/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.