Skip to main content

Singapura

Kerang dari Malaysia penuhi syarat keselamatan logam berat: SFA

Sampel dan ujian ke atas kerang yang diimport dari Malaysi memenuhi syarat-syarat keselamatan makanan Singapura bagi logam berat, menurut Agensi Makanan Singapura (SFA) pada Selasa (9 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Kerang dari Malaysia penuhi syarat keselamatan logam berat: SFA

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 10 Apr 2019 08:12AM Dikemas Kini : 10 Apr 2019 08:14AM

SINGAPURA: Sampel dan ujian ke atas kerang yang diimport dari Malaysi memenuhi syarat-syarat keselamatan makanan Singapura bagi logam berat, menurut Agensi Makanan Singapura (SFA) pada Selasa (9 Apr).

Menjawab pertanyaan Mediacorp, agensi tersebut menyatakan Singapura mengimport sekitar 40 peratus bekalan kerangnya termasuk segar dan beku jenis krustasea dari Malaysia tahun lalu.

Import kerang lain termasuk dari China, India, Indonesia dan Vietnam.

SFA memberikan respons itu ekoran laporan tentang potensi risiko keracunan logam berat daripada memakan kerang dari Selat Melaka.

Sebuah pasukan saintis dari Malaysia mendapati pencemaran logam berat seperti arsenik, kadmium, plumbum dan merkuri di Selat Melaka ketika mengadakan satu pelayaran saintifik pada 13 hingga 22 Mac lalu.

Dapatan yang diterbitkan pada Selasa menunjukkan perairan Johor, Pelabuhan Klang dan Pulang Pinang menghadapi risiko pencemaran logam berat lebih tinggi.

Menurut SFA: "Meskipun ujian ke atas kerang dari Malaysia memenuhi syarat-syarat keselamatan makanan kami, kerang mengumpulkan pencemar alam sekitar dan secara semula jadi akan mengandungi logam berat. Lantaran itu, untuk mengelak pendedahan yang tinggi kepada logam berat menerusi pengambilan makanan, para pengguna sepatutnya memakan kerang dalam jumlah sederhana."

Makanan import termasuk kerang diperiksa dan diambil sampelnya semasa diimport masuk atau di pasaran runcit untuk memastikan ia mematuhi syarat-syarat keselamatan makanan, tambah SFA.

Ujian meliputi pelbagai bahaya bawaan makanan termasuk bahan cemar kimia seperti racun serangga, logam berat dan sisa ubatan serta mikroorganisme seperti bakteria E coli, Salmonella dan Listeria.

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita