Kerajaan M'sia tidak ambil tindakan terhadap menteri kabinet yang langgar perintah kuarantin
Pejabat Peguam Negara Malaysia memutuskan untuk tidak mengambil tindakan terhadap Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang dipercayai melanggar perintah kuarantin wajib COVID-19.
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Dr Mohd Khairuddin Aman Razali. (Gambar fail: Ust Dr. Khairuddin at-Takiri/Facebook)
KUALA LUMPUR: Pejabat Peguam Negara Malaysia memutuskan untuk tidak mengambil tindakan terhadap Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang dipercayai melanggar perintah kuarantin wajib COVID-19.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Huzir Mohamed berkata, pejabat itu mengeluarkan arahan ‘tiada tindakan lanjut’ (NFA) kerana tiada keterangan kukuh bagi mengesahkan pertuduhan terhadap menteri tersebut.
Dr Mohd Khairuddin sebelum ini berdepan kritikan termasuk desakan agar beliau meletak jawatan selepas dituduh melanggar arahan kuarantin wajib sekembali dari Turki pada Julai.
"Pihak polis menyerahkan kertas siasatan kepada Jabatan Peguam Negara dan keputusan yang diperolehi adalah NFA berhubung kes berkenaan.
"Daripada sudut keterangan, didapati beliau tidak diserahkan dengan Borang 14b di bawah Seksyen 15 (1) Akta 342 bagi tujuan menjalani kuarantin," kata Encik Huzir dalam sidang media khas di Bukit Aman hari ini (21 Okt).
Pada 30 Sep lalu, media tempatan melaporkan polis memperkemas kertas siasatan berhubung kes itu seperti yang diarahkan Jabatan Peguam Negara.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.