Skip to main content

Singapura

Kerajaan M'sia dalam proses bayar balik GST, cukai pendapatan

Kerajaan Malaysia dalam proses membayar balik tunggakan cukai berjumlah RM37 bilion (S$12 bilion), kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Anggaran Waktu Membaca:
Kerajaan M'sia dalam proses bayar balik GST, cukai pendapatan

Menteri Kewangan Lim Guan Eng. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 18 Jan 2019 10:28PM Dikemas Kini : 18 Jan 2019 10:30PM

PUTRAJAYA: Kerajaan Malaysia dalam proses membayar balik tunggakan cukai berjumlah RM37 bilion (S$12 bilion), kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Menurutnya, tunggakan yang terdiri daripada RM18 bilion (S$6 bilion) untuk cukai pendapatan dan RM19 bilion (S$6.3 bilion) bagi Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berdasarkan anggaran yang dibuat dalam Belanjawan 2019, akan dibayar secara berperingkat-peringkat dalam tempoh 10 bulan.

"Kami akan memulakan proses pembayaran balik, tetapi ia tidak akan dikembalikan sekali gus, ia akan menjadi angka yang sangat besar," katanya dalam satu sidang akhbar mengenai pelantikan pengarah utama bersama untuk bon Samurai, hari ini (18 Jan).

"Kami tidak membayarnya lagi tetapi kami berhasrat untuk berbuat demikian dalam tempoh 10 bulan tahun ini," katanya, sambil menambah ia tidak digalakkan supaya kerajaan membayar tunggakan tersebut sekali gus.

"Sekiranya kami membayar balik sekali gus, saya tidak fikir ia baik dan bank kami akan berkata, kenapa anda tidak menyebarkannya supaya anda boleh mendapat kesan pengganda sepenuhnya dan meningkatkan ekonomi tempatan," tambahnya. 

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita