Keracunan makanan pejabat ByteDance: Operasi syarikat Yun Nan di Northpoint, Putien di dapur pusat Senoko digantung
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: CNA)
SINGAPURA: Pihak berkuasa kesihatan menggantung dua syarikat katering selepas insiden keracunan makanan besar-besaran berlaku di pejabat ByteDance pada Selasa (30 Jul).
Menurut Kemeterian Kesihatan (MOH) dan Agensi Makanan Singapura (SFA), operasi makanan Yun Hai Yao di Northpoint City dan Pu Tien Services di Senoko South Road digantung sehingga dimaklumkan kelak.
Yun Hai Yao mengendalikan rangkaian restoran Yun Nans, manakala Pu Tien Services merupakan dapur pusat Putien.
Seramai 130 orang dilaporkan mengalami gejala gastroenteritis, tambah pihak berkuasa. Seramai 57 orang dihantar ke hospital pada Selasa dan 17 orang masih di hospital, namun dalam keadaan stabil.
Baki mereka yang terjejas mendapatkan rawatan pesakit luar, merawat diri sendiri atau sembuh tanpa dirawat.
Yun Hai Yao memberitahu akhbar Lianhe Zaobao bahawa ia sedang bekerjasama dengan pembekal lain untuk membantu mereka yang terjejas.
Pada Selasa malam, Putien menyatakan bahawa mereka yang mengalami keracunan makanan tidak makan makanan yang disediakan oleh restoran.
Pihak berkuasa kesihatan menyatakan kedua-dua syarikat dikehendaki untuk membersihkan premis, termasuk peralatan dan perkakas, serta membuang makanan sedia untuk dimakan dan makanan mudah rosak.
Semua kakitangan yang berurusan dengan makanan di premis tersebut dikehendaki untuk menghadiri dan lulus Kursus Keselamatan Makanan Tahap 1, dan diuji negatif bagi sebarang patogen bawaan makanan, sebelum mereka boleh sambung bekerja sebagai pengendali makanan.
Pegawai kebersihan makanan yang dilantik di premis itu harus menghadiri dan lulus Kursus Keselamatan Makanan Tahap 3, sebelum mereka boleh sambung bekerja sebagai pegawai kebersihan makanan.
Kakitangan yang bercakap dengan Mediacorp berkata bahawa mereka yang jatuh sakit makan di kantin di tingkat 26 pejabat ByteDance di One Raffles Quay.
Mereka mengesahkan bahawa terdapat dua barisan bufet di tingkat tersebut, yang disediakan untuk makan tengah hari antara pukul 12.00 tengah hari dengan 2.00 petang setiap hari, disediakan oleh Yun Nans dan Putien.
Set bento yang ditempah awal daripada vendor lain dan salada juga disediakan di kanteen tingkat 26.
Satu bahagian bufet di kantin itu akan ditutup sehingga siasatan diselesaikan, dedah ByteDance.
"Kami mengambil serius insiden ini dan sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dan pihak katering untuk mengenal pasti puncanya secepat mungkin," tambah syarikat tersebut.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.