Skip to main content

Singapura

Keracunan makanan, kelemahan kebersihan dilaporkan di asrama NUS sejak 2 tahun lalu

Ada yang mengadu mengalami keracunan makanan. Ada juga yang terlihat serangga dalam makanan masing-masing, atau tikus dan lipas di kafeteria.

Anggaran Waktu Membaca:
Keracunan makanan, kelemahan kebersihan dilaporkan di asrama NUS sejak 2 tahun lalu

Ada para mahasiswa yang terlihat ada serangga dalam makanan masing-masing. (Gambar: Para pelajar NUS)

Diterbitkan : 19 Apr 2019 08:54AM Dikemas Kini : 19 Apr 2019 09:01AM

SINGAPURA: Ada yang mengadu mengalami keracunan makanan. Ada juga yang terlihat serangga dalam makanan masing-masing, atau tikus dan lipas di kafeteria.

Demikian menurut para mahasiswa Universiti Nasional Singapura (NUS) dari sekurang-kurangnya tiga asrama dan kelima-lima kolej di universiti itu yang mendakwa pernah mengalaminya sepanjang dua tahun lalu.

Ini selepas satu lagi penyedia makanan di NUS disiasat oleh pihak berkuasa dua minggu setelah 22 orang dari Kolej Ridge View jatuh sakit dengan simptom-simptom gastroenteritis.

Pada Rabu (17 Apr), Prince George’s Park (PGP) House, iaitu sebuah asrama, dilanda penularan gastroenteritis yang menjejas lima mahasiswa Jumaat lalu.

Siasatan awal mendedahkan bahawa para mahasiswa di PGP House memakan makanan dari sebuah gerai di kantin berhawa dingin di kediaman tersebut, menurut NUS. Gerai makanan berkenaan digantung daripada menjual makanan selama seminggu.

"Ada juga yang memakan makanan di kedai makanan lain di luar kampus, sebelum jatuh sakit. Kelima-lima mahasiswa itu sudahpun pulih," menurut seorang jurucakap NUS.

Agensi Makanan Singapura (SFA) menyatakan pada Khamis bahawa pihaknya sedang menyiasat insiden itu. Ia menambah bahawa makanan itu tidak disediakan oleh katerer luar.

INSIDEN-INSIDEN LALU

Mediacorp menemu bual 12 mahasiswa - ada dalam kalangan mereka yang terjejas secara langsung - menceritakan beberapa insiden di mana para mahasiswa dari asrama mereka yang jatuh sakit setelah menjamu selera di gerai makanan asrama, sambil terlihat siput, cacing dan pijat di asrama mereka.

Para mahasiswa ini menetap di kelima-lima kolej universiti itu — Cinnamon College, College of Alice & Peter Tan, Residential College 4, Tembusu College dan RVRC — dan tiga daripada tujuh asrama.

NUS akur bahawa pihaknya sudah dimaklumkan mengenai empat daripada insiden-insiden yang dilaporkan.

"Maklum balas daripada para mahasiswa ditangani dengan serius dan kesemua kes makanan yang mungkin tercemar disiasat dengan teliti," menurut seorang jurucakap.

NUS juga sudah mengambil tindakan terhadap para pengendali makanan yang terbabit.

Sumber : Today/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita