Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Keputusan tiadakan peribahasa dalam GCE 'O' ambil kira kesukaran murid belajar Bahasa Melayu

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 01 Mar 2024 06:27PM Dikemas Kini : 02 Mar 2024 12:15AM
SINGAPURA: Menteri Kedua Pendidikan Dr Mohd Maliki Osman berkata keputusan tidak lagi menyertakan bahagian peribahasa daripada peperiksaan Bahasa Melayu GCE 'O' mulai tahun ini, sebenarnya mengambil kira bagaimana kanak-kanak sekarang menghadapi kesukaran mempelajari Bahasa Melayu, apatah lagi memahami kerumitan peribahasa.

Dr Maliki berkata demikian sebagai menjawab soalan Anggota Parlimen GRC Chua Chu Kang Zhulkarnain Abdul Rahim, mengenai bagaimana Kementerian Pendidikan (MOE) akan memastikan murid-murid masih didedahkan kepada penggunaan peribahasa bagi memahami budaya, serta bagaimana ia boleh diterapkan dalam konteks moden.

Dr Maliki menekankan, penggunaan peribahasa sudah pun diterapkan dalam pelbagai tema buku teks Bahasa Melayu.

"Buku-buku teks kami sudah menyertakan peribahasa melalui pelbagai tema yang terdapat dalam bahagian berbeza buku teks.

"Dan kami juga mahu menggalakkan mereka untuk memanfaatkan teknologi baharu seperti menghasilkan video di TikTok, untuk memupuk minat mereka dalam bukan sahaja pemahaman peribahasa, makna disebaliknya dan juga menghargai nilai-nilainya menerusi lensa mereka sendiri," kata Dr Maliki.
Sumber : Agensi berita/IA/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan