Skip to main content

Singapura

Keputusan rayuan Pritam Singh bakal diumumkan

Ketua Pembangkang Pritam Singh akan kembali ke mahkamah pada Khamis (4 Dis) untuk mengetahui sama ada rayuannya terhadap sabitan berbohong kepada Jawatankuasa Hak Istimewa Parlimen diterima.
Anggaran Waktu Membaca:
Keputusan rayuan Pritam Singh bakal diumumkan
Ketua Pembangkang, Pritam Singh, berjalan dari Mahkamah Agung menuju ke Bangunan Parlimen pada 4 November 2025. (Gambar fail: CNA/Wallace Woon)
SINGAPURA: Ketua Pembangkang Pritam Singh akan kembali ke mahkamah pada Khamis (4 Dis) untuk mengetahui sama ada rayuannya terhadap sabitan berbohong kepada Jawatankuasa Hak Istimewa Parlimen diterima.

Encik Pritam didapati bersalah pada Februari lalu kerana berbohong kepada jawatankuasa tersebut berhubung mantan Anggota Parlimen Raeesah Khan, yang juga anggota parti tersebut yang berbohong semasa menyampaikan ucapannya di parlimen.

Setiausaha Agung Parti Pekerja (WP) itu dikenakan denda maksimum S$7,000 bagi setiap daripada dua tuduhan yang disabitkan ke atasnya, dalam kes yang mempunyai implikasi terhadap kelayakannya untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum (GE) tahun ini.

Hakim Mahkamah Tinggi Steven Chong dijangka akan menyampaikan keputusan berhubung rayuan Encik Pritam pada lewat pagi ini.

Perbicaraan dijadual bermula pada pukul 9.45 pagi, namun pihak media sudah berada di luar pintu Mahkamah Agung.

Awal dari itu, para Anggota Parlimen WP, Fadli Fawzi dan Gerald Giam, yang memakai pakaian dengan warna parti tersebut, dilihat memasuki bangunan berkenaan.

Apabila ditanya sama ada mereka akan menghadiri perbicaraan itu, Encik Giam berkata mereka “hanya di sini untuk menyokong Encik Pritam”.

Sebanyak 23 daripada 40 tiket galeri awam sudah diedarkan setakat pukul 8.25 pagi.
Sumber : CNA/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita