Keputusan PSLE: Pelajar madrasah tunjuk prestasi lebih baik dalam PSLE; 99.4% layak ke sekolah menengah
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: BERITAmediacorp/Rosli Razak)
SINGAPURA: 99.4 peratus murid madrasah yang menduduki Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) tahun ini, layak melangkah ke peringkat menengah.
Keputusan PSLE bagi madrasah lebih baik kali ini berbanding 98.8 peratus yang dicatatkan pada tahun lalu.
Malah ia lebih baik daripada purata nasional yang kekal pada 98.4 peratus seperti yang dicatatkan pada tahun lalu.
Mengulas keputusan PSLE sektor madrasah itu menerusi satu kenyataan media, Ketua Eksekutif Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) Kadir Maideen berkata:
"MUIS mengiktiraf pencapaian pelajar darjah enam sekolah rendah madrasah kami pada tahun ini. Madrasah hari ini terus memainkan peranan penting untuk membangunkan ulama, pemimpin, dan pendidik untuk masyarakat kita, serta memelihara legasi dan warisan Islam masyarakat kita melalui penyampaian ilmu dan tradisi serta penerapan nilai-nilai moral kita.
Sumbangan murah hati masyarakat Islam kita sangat penting untuk kelestarian madrasah kita. Madrasah juga telah mendapat manfaat daripada bantuan tambahan pemerintah dalam meningkatkan aspek sekular pendidikan madrasah melalui guru pakar yang dipinjamkan, pembangunan profesional guru, dan anugerah untuk mata pelajaran sekular dalam tempoh enam tahun yang lalu."
Menurut MUIS, hampir S$1.5 juta telah digunakan oleh pihak madrasah untuk menjalankan program dan aktiviti akademik untuk pelajar mereka serta
untuk menyokong pembangunan profesional guru dan asatizah pada tahun lalu.
2 PELAJAR CEMERLANG MADRASAH IRSYAD INGIN BERBAKTI PADA MASYARAKAT
Mohammad Aqil Bin Mohammad Farhan dalam kalangan pelajar empat madrasah yang mengambil peperiksaan PSLE tahun ini

Pelaajr Madrasah Irsyad Zuhri Al-Islamiah itu meraih AL 1 bagi mata pelajaran Sains dan Bahasa Melayu dan AL 2 untuk Bahasa Inggeris dan Matematik.
Aqil pernah aktif dalam Kelab Robotik dan pernah mewakili Madrasah Irsyad dalam pertandingan Olimpiad Matematik.
"Saya sangat gembira dan bangga dengan keputusan saya ini. Saya memberikan sepenuhnya tumpuan sewaktu dalam kelas dan membuat persiapan saya sehingga 8 atau 9 malam di rumah," kongsi beliau.
Beliau ingin mengembangkan minat dalam bahasa Arab dan berharap dapat menguasai bahasa tersebut. Ini akan
membolehkannya memahami al-Quran dengan lebih baik.
"Selepas ini saya mahu melanjutkan pelajaran di Madrasah Aljunied Al-Islamiah dan saya mahu cuba memasuki program (International Baccalaureate) yang diadakan di sana.
"Selepas itu saya bercita-cita untuk ke Universiti Al-Azhar untuk melanjutkan pelajaran agama saya. Saya ingin memberi manfaat kepada masyarakat dengan menjadi seorang Ustaz," kongsi Aqil.
Seorang lagi pelajar Madrasah Irsyad yang cemerlang ialah Durrah Laasiliyah Putri Mohamed Rozaini yang mendapat AL 1 dalam matematik, Bahasa Melayu, AL 2 bagi Sains da AL 3 bagi Bahasa Inggeris.

Durrah berkata beliau sentiasa terbuka kepada cabaran dan pengalaman baru.
Anak sulung tiga beradik ini pernah bertanding dalam beberapa pertandingan Tilawah Al-Quran.
Seperti Aqil, beliau juga berharap dapat memasuki ke program IB di Madrasah Aljunied Al-Islamiah.
"Cita-cita saya adalah untuk menyambung pelajaran ukhrawi saya di Madrasah Aljunied. Saya ingin menyambung pelajaran di Universiti Al-Azhar untuk menjadi seorang peguam dalam bidang ukhrawi.
Seramai 192 pelajar Madrasah Irsyad Zuhri Al-Islamiah mengambil peperiksaan PSLE tahun ini.

Sumber : BERITA Mediacorp/RR/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.