Keputusan PSLE pada 20 Nov
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Keputusan Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) 2024 akan diumumkan pada 20 November, mulai 11.00 pagi.
Murid-murid boleh mengambil keputusan mereka dari sekolah rendah masing-masing, dengan butiran mengenai aturan mengambil keputusan akan dikongsikan oleh sekolah-sekolah berkenaan.
Demikian menurut Kementerian Pendidikan (MOE) dan Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapura (SEAB) pada Rabu (13 Nov).
“Murid yang tidak dapat mengambil salinan keputusan mereka di sekolah, boleh melantik seseorang sebagai mewakili mereka untuk berbuat demikian selewat-lewatnya pada Jumaat, 22 Nov 2024.”
BUAT PILIHAN BAGI SEKOLAH MENENGAH
“Pelajar digalakkan untuk mempertimbangkan sekolah secara menyeluruh apabila memilih sekolah menengah yang sesuai dengan keperluan pendidikan, kekuatan dan minat mereka,” menurut kenyataan media bersama itu.
Ini termasuk faktor-faktor seperti budaya sekolah, program-program khas, tawaran mata pelajaran serta kegiatan luar darjah (CCA), jelas MOE dan SEAB.
Jumlah mata yang diperlukan untuk layak ke sekolah menengah (cut-off points) daripada proses penempatan Menengah 1 tahun lalu hanyalah sebagai rujukan dan boleh berubah dari tahun ke tahun, bergantung kepada keputusan PSLE kohort dan pilihan sekolah, tambahnya.
“Murid-murid digalakkan untuk memasukkan sekurang-kurangnya dua hingga tiga sekolah dalam enam pilihan sekolah mereka dengan 'cut-off points' yang lebih rendah daripada keputusan PSLE mereka,” yang “akan membantu meningkatkan peluang mereka untuk mendapatkan tempat di salah satu sekolah pilihan mereka.”
Pengumpulan Berdasarkan Subjek (SBB) yang telah dilaksanakan sepenuhnya di sekitar 120 sekolah menengah bermula kohort Sekolah Menengah 1 2024, “akan memberikan pelajar lebih penyesuaian dan fleksibiliti dalam pembelajaran mereka,” menurut MOE dan SEAB.
Tambahan lagi, Sekolah Menengah Crest dan Sekolah Menengah Spectra menawarkan laluan pendidikan alternatif untuk pelajar yang “lebih cenderung kepada pembelajaran yang berasaskan amali dan praktikal,” tambah mereka.
PENEMPATAN BAGI MENENGAH 1
Borang pilihan untuk memasuki Menengah 1 untuk memilih sekolah menengah akan diberikan kepada pelajar yang layak bersama keputusan PSLE mereka. Ia mengandungi maklumat penting mengenai penyerahan pilihan sekolah, jelas MOE dan SEAB.
Nombor unik pengenalan peribadi Menengah 1 (S1 PIN) boleh dicetak pada bahagian kanan atas bagi borang pilihan itu.
Pelajar harus menggunakan S1 PIN untuk log masuk ke sistem internet Menengah 1 dan menghantar pilihan sekolah mereka secara online selepas berbincang dengan ibu bapa mereka.
Sistem internet Sekolah Menengah 1 akan boleh diakses dari jam 11.30 pagi pada 20 November hingga 3.00 petang pada 26 Nov melalui laman web Penempatan S1 MOE.
Ibu bapa yang memerlukan bantuan dengan penyerahan online boleh menghubungi sekolah rendah anak mereka sebelum jam 3.00 petang pada 26 November.
Keputusan penempatan itu akan diumumkan antara 18 Disember dengan 20 Disember, dan boleh diakses melalui mana-mana saluran berikut:
- Perkhidmatan Mesej Pendek (SMS)
- Sistem internet Sekolah Menengah 1 menggunakan nombor sijil lahir/FIN pelajar dan S1 PIN
- Di sekolah rendah pelajar
Pelajar tidak perlu melaporkan diri ke sekolah menengah yang telah ditempatkan selepas menerima keputusan penempatan mereka.
Mereka perlu merujuk laman web sekolah yang telah ditempatkan selepas menerima keputusan untuk maklumat lanjut, seperti butiran pendaftaran, senarai buku, dan pembelian buku serta pakaian seragam.
Ibu bapa bagi kohort Menengah 1 yang akan datang, yang menggunakan 'Parents Gateway' juga akan menerima arahan daripada sekolah menengah pada petang keputusan penempatan diumumkan.
Jika pelajar tidak dapat melaporkan diri ke sekolah menengah yang telah ditempatkan pada hari pertama sekolah pada Januari 2025 atas sebab-sebab yang sah, mereka harus memaklumkan terus kepada sekolah menengah untuk mengesahkan bahawa mereka akan mengambil tempat tersebut.
Sekolah akan dapat mengekalkan tempat tersebut untuk mereka.
Maklumat lanjut mengenai Penempatan Menengah 1 dan sistem internet Menengah 1 boleh didapati di laman web MOE.
Untuk sebarang pertanyaan, ibu bapa juga boleh melayari www.moe.gov.sg/contact.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.