Keputusan PSLE "hanyalah satu langkah dalam perjalanan pembelajaran": Dr Faishal
Keputusan Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) "hanyalah satu langkah dalam perjalanan pembelajaran" para pelajar.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Keputusan Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) "hanyalah satu langkah dalam perjalanan pembelajaran" para pelajar.
Demikian nasihat Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Faishal Ibrahim, menerusi cacatan di media sosial beliau pada Selasa (25 Nov), menyusuli keputusan yang dikeluarkan hari ini.
Menerusi catatan itu, Dr Faishal mengungkapkan penghargaan kepada semua pelajar — termasuk pelajar Melayu/Islam di sekolah rendah dan madrasah — atas kerja keras mereka mengulang kaji dan membuat persediaan bagi menghadapi peperiksaan.
Beliau turut menggesa mereka untuk berehat dan meluangkan masa bersama keluarga tersayang selepas menerima keputusan masing-masing.

SOKONGAN BUAT PARA PELAJAR
Dr Faishal turut menekankan bahawa setiap pelajar mempunyai laluan pendidikan yang berbeza-beza. Tambah beliau lagi, keputusan PSLE yang diterima bukanlah satu-satunya penentu masa depan.
“Kepada pelajar-pelajar yang mungkin tidak mencapai apa yang mereka harapkan, ingatlah bahawa ini hanya satu langkah dalam perjalanan pembelajaran anda,” kata beliau.
“Apa yang penting ialah usaha dan daya tahan untuk melakukan yang terbaik dalam langkah pendidikan anda yang seterusnya.”
Beliau menambah bahawa sama ada seseorang pelajar memilih untuk melangkah ke sekolah menengah atau madrasah, terdapat banyak peluang yang tersedia untuk mereka mengenal pasti minat, mengembangkan potensi dan menyumbang kepada masyarakat serta negara.
PENGHARGAAN BAGI GURU DAN IBU BAPA
Dr Faishal turut menzahirkan penghargaan kepada para guru dan ibu bapa atas sokongan mereka yang konsisten dalam membimbing para pelajar hingga untuk menyiapkan mereka menduduki PSLE.
“Komitmen anda telah membentuk daya tahan dan keyakinan anak-anak kita,” kata beliau, sambil menyatakan bahawa masyarakat Melayu/Islam terus mencapai keputusan yang membanggakan dalam peperiksaan peringkat nasional dari tahun ke tahun.
Beliau menutup catatannya itu dengan menekankan bahawa pencapaian pelajar pada hari ini merupakan hasil usaha seluruh masyarakat.
“Ini adalah pencapaian bersama yang boleh kita semua banggakan, Alhamdulillah,” kata Dr Faishal.

Sumber : Sumber Web/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.