Skip to main content

Singapura

Keputusan PSLE ​​akan dikeluarkan pada 25 Nov

Anggaran Waktu Membaca:
Keputusan PSLE ​​akan dikeluarkan pada 25 Nov
Sijil PSLE.
Diterbitkan : 18 Nov 2025 12:34PM Dikemas Kini : 18 Nov 2025 12:40PM
SINGAPURA: Keputusan Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) 2025) akan dikeluarkan pada 25 November pada pukul 11.00 pagi.

Aturan sudah dibuat untuk para murid menerima keputusan mereka di sekolah rendah masing-masing, menurut Kementerian Pendidikan (MOE) dan Lembaga Peperiksaan dan Penilaian (SEAB) pada Selasa (18 Nov).

Para murid yang tidak dapat kembali ke sekolah untuk mengambil keputusan mereka boleh melantik seorang wakil untuk mengambilnya bagi pihak mereka pada 27 November, tambah MOE.

PILIH SEKOLAH MENENGAH

"Para murid digalakkan untuk menimbangkan sekolah-sekolah secara holistik apabila memilih sekolah menengah yang sesuai dengan keperluan pendidikan, kekuatan dan minat mereka," menurut satu kenyataan media bersama yang dikeluarkan hari ini (18 Nov).

"Ini termasuk menimbangkan faktor-faktor seperti budaya sekolah, program khusus, mata pelajaran yang ditawarkan, dan Kegiatan Luar Darjah," menurut MOE dan SEAB.

Para murid juga digalakkan memilih sekurang-kurangnya dua hingga tiga sekolah daripada enam sekolah pilihan mereka dengan mata kelayakan tahunn lalu yang kurang ketat berbanding markah PSLE mereka.

Mata kelayakan sekolah daripada Urusan Penempatan Menengah 1 tahun lalu hanyalah sebagai rujukan dan ia mungkin berbeza sehingga beberapa mata dari tahun ke tahun, bergantung kepada keputusan PSLE kohort dan sekolah pilihan dalam urusan penempatan tersebut, tambah MOE dan SEAB.

Dengan memilih sekolah dengan mata kelayakan kurang ketat, ia boleh "meningkatkan peluang murid untuk mendapat tempat di salah satu sekolah pilihan mereka," menurut MOE dan SEAB.

MOE dan SEAB menyatakan Pengumpulan Berdasarkan Subjek Secara Penuh (SBB) yang dilaksanakan sepenuhnya di sekolah menengah - akan memberikan murid lebih fleksibiliti dan tukikan pada pembelajaran mereka.

Sekolah Menengah Crest dan Sekolah Menengah Spectra menawarkan laluan pendidikan alternatif untuk para pelajar yang “lebih cenderung kepada pembelajaran yang berasaskan amali dan praktikal,” tambah MOE dan SEAB.

Pilihan Sekolah Menengah boleh diserahkan oleh ibu bapa menerusi portal online yang boleh diakses menerusi laman Penempatan Menengah 1 dari pukul 11.30 pagi pada 25 November hingga 4.30 petang pada 1 Disember.

Ibu bapa perlu menggunakan Singpass untuk log masuk ke portal itu dan hanya salah seorang daripada mereka yang perlu log masuk untuk membuat pendaftaran.

Keputusan penempatan itu akan diumumkan sama ada pada 18 Disember atau 19 Disember, dengan keputusan boleh diakses menerusi portal, melalui SMS atau sekolah rendah anak anda.
Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita