Keputusan PSLE: 98.5% pelajar layak sekolah menengah
Anggaran Waktu Membaca:

(Photo: CNA/Gaya Chandramohan)
SINGAPURA: Kira-kira 98.5 peratus pelajar Darjah 6 yang menduduki Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) berjaya masuk ke sekolah menengah.
Keputusan PSLE diumumkan pada Rabu (20 Nov), pukul 11.00 pagi.
Menurut Kementerian Pendidikan (MOE) dan Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapura (SEAB), 40,894 pelajar Darjah 6 menduduki PSLE tahun ini secara keseluruhan.
Pengumpulan Berdasarkan Subjek (SBB) sudah dilaksanakan sepenuhnya di 120 sekolah menengah mulai kohort Menengah 1 2024.
Di bawah Pengumpulan Berdasarkan Subjek Secara Penuh, pelajar yang layak bagi Kumpulan Penempatan 1 dan 2 boleh menawarkan subjek Bahasa Inggeris, bahasa ibunda, matematik dan sains pada peringkat lebih mencabar di Menengah 1 berdasarkan markah Tahap Pencapaian (AL) bagi setiap subjek.
Di bawah sistem AL, pelajar Darjah 6 akan menerima AL 1 hingga 8 bagi setiap satu daripada empat subjek mereka, dengan 1 merupakan markah terbaik dan 8 adalah yang terendah.
Pelajar yang meraih markah AL 5 atau lebih baik bagi subjek Standard PSLE boleh mengambil subjek tersebut pada G3 atau G2, dan pelajar yang meraih markah sekurang-kurangnya AL 6 bagi subjek Standard PSLE atau AL A bagi subjek Asas PSLE boleh mengambil subjek tersebut di G2.
Bagi kohort Darjah 6 2024, kira-kira 65 peratus pelajar yang layak bagi Kumpulan Penempatan 1 dan 2 boleh mengambil sekurang-kurangnya satu subjek pada peringkat lebih mencabar.
Ia sama seperti kohort tahun lepas, tambah MOE dan SEAB.
Calon yang tidak layak masuk ke sekolah menengah boleh pilih untuk menduduki PSLE tahun depan.
Mereka juga boleh memohon ke Sekolah Assumption Pathway dan Sekolah Northlight, menerusi saranan pengetua sekolah rendah mereka, menurut MOE dan SEAB.
Ia menambah bahawa kedua-dua sekolah menawarkan program yang disesuaikan dengan "pendekatan eksperimen dan praktikal".
PENEMPATAN SEKOLAH MENENGAH 1
Borang pilihan Menengah 1 untuk memilih sekolah menengah akan diberikan kepada pelajar yang layak, sekali dengan keputusan PSLE mereka. Borang tersebut mempunyai butiran penting mengenai pemilihan sekolah.
Nombor pengenalan diri Menengah 1 yang unik (PIN S1) boleh didapati pada bahagian kanan atas borang.
Pelajar boleh menggunakan PIN S1 untuk log masuk ke dalam sistem Menengah 1 dan menyerahkan pilihan sekolah mereka online.
Sistem internet itu boleh diakses mulai pukul 11.30 pagi pada 20 November hingga pukul 3.00 petang pada 26 November melalui laman Penempatan Menengah 1.
"Pelajar dinasihatkan untuk memilih sekurang-kurangnya dua hingga tiga sekolah daripada enam pilihan sekolahnya di mana markah PSLEnya lebih baik daripada markah 'cut-off points" sekolah tahun lalu. Ia akan meningkatkan peluang mendapatkan tempat di sekolah pilihan mereka."
Lebih banyak maklumat tentang tawaran daripada 140 sekolah menengah yang mengambil bahagian dalam Pilihan Menengah 1 2024 disediakan melalui laman web SchoolFinder MOE.
MOE dan SEAB menggalakkan ibu bapa dan pelajar utnuk mengambil masa untuk meneroka laman sekolah, akaun media sosial, serta menyertai rumah terbuka sekolah sebelum membuat keputusan.
KEPUTUSAN PENEMPATAN MENENGAH 1
Keputusan penempatan akan dikeluarkan antara 18 dengan 20 Disember. Keputusan penempatan boleh diakses melalui salah satu saluran tersebut:
Pelajar tidak perlu melaporkan diri ke sekolah menengah yang ditempatkan selepas mendapat keputusan pemilihan Sekolah Menengah 1 mereka.
Mereka sepatutnya rujuk kepada laman sekolah yang ditempatkan untuk maklumat lebih lanjut seperti butiran melaporkan diri, senarai buku, dan pembelian buku dan baju sekolah.
Ibu bapa kohort Menengah 1 yang berada di Parents Gateway akan menerima arahan daripada sekolah yang ditempatkan bermula petang hari keputusan dikeluarkan.
Jika pelajar tidak boleh melaporkan diri ke sekolah menengah yang ditempatkan pada hari pertama persekolahan pada Januari 2025 disebabkan alasan munasabah, mereka perlu memaklumkan kepada sekolah menengah secara langsung selepas menerima keputusan penempatan mereka, untuk mengesahkan mereka akan mengambil tempat di sekolah berkenaan.

- Khidmat Pesanan Ringkas (SMS)
- Sistem internet Menengah 1 yang menggunakan sijil kelahiran/FIN dan PIN S1
- Sekolah Rendah pelajar
Pelajar tidak perlu melaporkan diri ke sekolah menengah yang ditempatkan selepas mendapat keputusan pemilihan Sekolah Menengah 1 mereka.
Mereka sepatutnya rujuk kepada laman sekolah yang ditempatkan untuk maklumat lebih lanjut seperti butiran melaporkan diri, senarai buku, dan pembelian buku dan baju sekolah.
Ibu bapa kohort Menengah 1 yang berada di Parents Gateway akan menerima arahan daripada sekolah yang ditempatkan bermula petang hari keputusan dikeluarkan.
Jika pelajar tidak boleh melaporkan diri ke sekolah menengah yang ditempatkan pada hari pertama persekolahan pada Januari 2025 disebabkan alasan munasabah, mereka perlu memaklumkan kepada sekolah menengah secara langsung selepas menerima keputusan penempatan mereka, untuk mengesahkan mereka akan mengambil tempat di sekolah berkenaan.
Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.