Keputusan PSLE: 98.5% murid Darjah 6 layak ke sekolah menengah
Keputusan Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) yang diumumkan pada pukul 11.00 pagi pada Selasa (25 Nov) menunjukkan 98.5 peratus murid Darjah 6 yang menduduki peperiksaan itu berjaya melangkah ke sekolah menengah.
Anggaran Waktu Membaca:
Keputusan Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE). (Gambar: CNA/Gaya Chandramohan)
SINGAPURA: Keputusan Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) yang diumumkan pada pukul 11.00 pagi pada Selasa (25 Nov) menunjukkan 98.5 peratus murid Darjah 6 yang menduduki peperiksaan itu berjaya melangkah ke sekolah menengah.
Seramai 37,926 murid Darjah 6 menduduki PSLE tahun ini, menurut Kementerian Pendidikan (MOE) dan Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapura (SEAB) dalam satu kenyataan media bersama pada Selasa (25 Nov).
Di bawah Pengumpulan Berdasarkan Subjek Secara Penuh, murid yang layak bagi Kumpulan Penempatan 1 dan 2 boleh mengambil subjek Bahasa Inggeris, bahasa Ibunda, Matematik dan Sains pada peringkat lebih mencabar di Menengah 1 berdasarkan markah Tahap Pencapaian (AL) bagi setiap subjek.
Para murid yang meraih markah AL 5 atau lebih baik bagi subjek Standard PSLE boleh mengambil subjek tersebut pada G3 atau G2.
Sementara itu, para murid yang meraih markah sekurang-kurangnya AL 6 bagi subjek Standard PSLE atau AL A bagi subjek Asas PSLE boleh mengambil subjek tersebut di G2.
Bagi kohort Darjah 6 2025, kira-kira 65 peratus murid yang layak bagi Kumpulan Penempatan 1 dan 2 boleh mengambil sekurang-kurangnya satu subjek pada peringkat lebih mencabar.
Ia sama seperti kohort tahun lalu, tambah MOE dan SEAB.
Calon yang tidak layak ke sekolah menengah boleh pilih untuk menduduki PSLE tahun depan.
Mereka juga boleh memohon ke Sekolah Assumption Pathway dan Sekolah Northlight, yang menawarkan "program yang disesuaikan dengan pendekatan eksperimen dan praktikal".
Mereka yang pernah menduduki peperiksaan PSLE sekali boleh memohon ke sekolah-sekolah itu menerusi saranan pengetua sekolah rendah mereka.
PENEMPATAN SEKOLAH MENENGAH 1
Semua murid yang layak akan menerima borang pilihan Menengah 1 untuk memilih sekolah menengah, serta keputusan PSLE mereka.
Para ibu bapa boleh menyerahkan pilihan sekolah menengah menerusi portal online, yang boleh diakses melalui laman Penempatan Menengah 1 MOE antara pukul 11.30 pagi pada 25 November dengan pukul 4.30 petang pada 1 Disember.
Akaun Singpass yang sah log masuk ke dalam Portal Menengah 1 itu.
Hanya salah seorang ibu bapa perlu log masuk dan membuat pendaftaran melalui portal.
Bagi ibu bapa yang memerlukan bantuan untuk menyerahkan pilihan sekolah anak mereka menerusi online, mereka boleh menghubungi sekolah rendah anak mereka sebelum pukul 4.30 petang pada 1 Dis, menurut MOE dan SEAB.
MOE dan SEAB menggalakkan ibu bapa dan murid supaya membuat pertimbangan sekolah secara holistik ketika memilih sekolah menengah yang "sesuai bagi keperluan, kekuatan dan minat pendidikan" murid.
"Ini termasuk program-program khas sekolah, tawaran mata pelajaran, kegiatan ko-kurikular, etos, budaya, lokasi dan sokongan untuk keperluan pendidikan khas, jika diperlukan."
Para murid digalakkan untuk memilih sekurang-kurangnya dua hingga tiga sekolah daripada enam pilihan sekolah di mana markah PSLEnya lebih baik daripada markah 'cut-off points" sekolah tahun lalu.
"Para murid dan ibu bapa diingatkan bahawa markah 'cut-off points' sekolah pada tahun-tahun sebelumnya adalah sekadar bagi rujukan mereka sahaja kerana ia adalah hasil daripada Urusan Penempatan Menengah 1 tahun sebelumnya," kata MOE dan SEAB.
Mereka juga digalakkan untuk mengambil masa untuk melungsuri laman sekolah, akaun media sosial, serta menyertai rumah terbuka sekolah sebelum membuat keputusan.
KEPUTUSAN PENEMPATAN MENENGAH 1
Keputusan penempatan akan dikeluarkan antara 18 dengan 19 Disember.
Keputusan penempatan boleh diakses melalui portal Menengah 1, Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) atau sekolah rendah murid.
Para pelajar tidak perlu melaporkan diri ke sekolah menengah yang ditempatkan selepas mendapat keputusan pemilihan Sekolah Menengah 1 mereka.
Mereka sepatutnya rujuk kepada laman sekolah yang ditempatkan untuk maklumat lebih lanjut.
Ibu bapa kohort Menengah 1 yang menggunakan Parents Gateway akan menerima arahan daripada sekolah yang ditempatkan bermula petang hari keputusan dikeluarkan.
Jika pelajar tidak boleh melaporkan diri ke sekolah menengah yang ditempatkan pada hari pertama persekolahan pada Januari 2026 disebabkan oleh alasan yang munasabah, mereka perlu memaklumkan sekolah menengah secara langsung selepas menerima keputusan penempatan mereka, untuk mengesahkan mereka akan mengambil tempat di sekolah berkenaan.

Sumber : CNA/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.