Keputusan PSLE: 98.4% murid berjaya masuk sekolah menengah
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Buat tahun kelapan berturut-turut, 98.4 peratus murid Darjah 6 yang menduduki Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) berjaya melangkah ke sekolah menengah.
Keputusan PSLE dikeluarkan mulai 11 pagi Rabu (22 Nov).
Seramai 38,088 murid Darjah 6 menduduki PSLE tahun ini, kata Kementerian Pendidikan (MOE) dan Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapura (SEAB) dalam satu kenyataan bersama pada Rabu (22 Nov).
Mereka juga adalah kohort pertama pelajar yang ditempatkan ke sekolah menengah menerusi tiga kumpulan penempatan, mengikut julat markah sedia ada untuk aliran Ekspres, Normal (Akademik) dan Normal (Teknikal).
Tiga kumpulan penempatan itu digunakan untuk memudahkan kemasukan ke sekolah dan menentukan tahap matapelajaran yang diambil pelajar pada awal tahun.
Ini memastikan sekolah akan terus menerima para pelajar yang mempunyai pelbagai kekuatan dan meningkatkan akses para pelajar kepada pelbagai jenis sekolah.
Dengan Skim Pengumpulan Berdasarkan Subjek Secara Penuh (SBB) dilaksanakan di 120 sekolah mulai tahun depan, para pelajar Menengah 1 pada 2024 akan menduduki peperiksaan Sijil Pendidikan Menengah (SEC) Singapura-Cambridge yang sama, tidak kira kumpulan penempatan asal mereka.

Di bawah sistem penskoran Tahap Pencapaian (AL), murid Darjah 6 akan mendapat markah AL antara 1 hingga 8 bagi setiap empat mata pelajaran mereka - Inggeris, bahasa ibunda, matematik dan sains, dengan 1 merupakan markah terbaik dan 8 adalah yang terendah.
Markah keseluruhan mereka akan membentuk AL itu.
Murid dengan markah PSLE antara 4 hingga 20 layak memasuki aliran Ekspres. Mereka yang mendapat markah 21 atau 22 ditawarkan pilihan untuk memasuki kursus Ekspres ataupun Normal (Akademik) manakala murid dengan markah 23 ataupun 24 layak memasuki Normal (Teknikal).
Bagi kohort tahun ini, kira-kira 64 peratus pelajar layak mengambil sekurang-kurangnya satu mata pelajaran pada tahap yang lebih mencabar.
Ia adalah setanding dengan kohort tahun sebelumnya bagi murid yang layak memasuki kursus Normal, kata MOE dan SEAB.
Calon yang tidak layak masuk ke sekolah menengah boleh memilih untuk mengambil semula PSLE pada tahun hadapan.
Mereka juga boleh memohon masuk ke Sekolah Assumption Pathway dan NorthLight dengan rekomendasi daripada pengetua sekolah rendah mereka, kata MOE dan SEAB.
Kedua-dua sekolah menawarkan program dengan "pendekatan bercorak pembelajaran amalil".
PILIHAN SEKOLAH MENENGAH
Borang pilihan Menengah 1 untuk memilih sekolah menengah akan diberikan kepada pelajar yang layak berserta keputusan PSLE mereka. Borang itu menyediakan maklumat penting mengenai pilihan sekolah mereka.
Nombor pengenalan diri Menengah 1 yang unik (PIN S1) boleh didapati di bahagian kanan sebelah atas borang pilihan.
Pelajar boleh menggunakan PIN S1 untuk log masuk ke sistem internet Menengah 1 (S1-IS) untuk memuat turun salinan borang pilihan S1 dan menyerahkan pilihan sekolah mereka secara online.
Sistem internet boleh diakses dari 11.30 pagi pada 22 Nov hingga 3.00 petang pada 28 Nov melalui laman web Penempatan Menengah 1 MOE.
"Untuk memastikan proses yang lancar, pelajar harus - selepas berbincang dengan ibu bapa mereka terlebih dahulu menimbangkan pilihan sekolah menengah mereka, membuat keputusan mereka, dan melengkapkan borang pilihan sebelum log masuk ke sistem internet Menengah 1," kata MOE dan SEAB .
"Ketika buat pilihan, pastikan sekolah menengah itu sesuai untuk keperluan pendidikan keseluruhan pelajar, kekuatan dan minat. Pelajar dan ibu bapa digalakkan untuk mempertimbangkan pelbagai faktor holistik.
"Ini termasuk program unik ditawarkan sekolah, mata pelajaran, aktiviti kokurikulum, etos, budaya, lokasi dan sokongan untuk keperluan pendidikan khas, jika diperlukan."
Maklumat lanjut mengenai tawaran oleh 141 sekolah menengah yang mengambil bahagian dalam Penempatan Menengah 1 2023 boleh didapati melalui laman web SchoolFinder MOE.
MOE dan SEAB menggalakkan ibu bapa dan pelajar meluangkan masa untuk meneroka laman web sekolah, halaman media sosial, serta pergi ke acara rumah terbuka sekolah sebelum membuat keputusan.
KEPUTUSAN PEMILIHAN SEKOLAH MENENGAH
Keputusan akan dikeluarkan antara 20 Dis dan 22 Dis. Keputusan tersebut boleh diakses melalui wadah berikut:
-Khidmat Pesanan Ringkas (SMS)
-Sistem internet Menengah 1 menggunakan nombor sijil kelahiran/FIN pelajar dan PIN S1
-Sekolah rendah pelajar itu
Pelajar tidak perlu melaporkan diri ke sekolah menengah yangditempatkan setelah menerima keputusan pemilihan sekolah menengah mereka.
Sebaliknya mereka harus merujuk kepada laman web sekolah tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut seperti butiran melaporkan diri, senarai buku dan pembelian buku serta pakaian seragam.
Ibu bapa pelajar yang menggunakan Gerbang Ibu Bapa (PG) juga akan menerima arahan daripada sekolah menengah anak mereka bermula sebelah petang pada hari keputusan penempatan sekolah dikeluarkan.
Jika murid tidak dapat hadir ke sekolah menengah mereka pada hari pertama persekolahan pada Januari 2023 atas alasan yang sah, mereka harusa menghubungi pihak sekolah menengah secara langsung untuk mengesahkan bahawa mereka akan mengambil tempat di sekolah berkenaan.
Maklumat lanjut berhubung pemilihan sekolah menengah dan S1-IS boleh didapatkan di laman Penempatan S1 MOE.
Untuk sebarang pertanyaan, ibu bapa boleh melayari laman www.moe.gov.sg/contact.

Sumber : CNA/SU/su
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.