Skip to main content

Singapura

Keputusan permohonan PM Lee, Leong Sze Hian berkaitan tuntutan mahkamah ditangguhkan

Hakim yang mendengar kes tuntutan mahkamah oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong terhadap penulis blog, Leong Sze Hian, menangguhkan keputusan ke atas permohonan yang dibuat kedua-dua pihak.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 25 Feb 2019 11:37PM Dikemas Kini : 25 Feb 2019 11:40PM

SINGAPURA: Hakim yang mendengar kes tuntutan mahkamah oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong terhadap penulis blog, Leong Sze Hian, menangguhkan keputusan ke atas permohonan yang dibuat kedua-dua pihak.

Satu keputusan bertulis akan disampaikan pada tarikh kemudian.

Para peguam PM Lee, yang dipimpin oleh Peguam Kanan Davinder Singh, memfailkan permohonan pada Januari lalu untuk membatalkan tuntutan balas oleh Encik Leong yang mendakwa dakwaan fitnah PM Lee ke atasnya adalah satu tindakan salah guna mahkamah.

Penulis blog itu disaman di mahkamah kerana berkongsi catatan Facebook dengan pautan ke rencana yang mendakwa PM Lee membantu pengubahan wang daripada dana kerajaan Malaysia 1MDB.

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita