Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Keputusan peperiksaan GCE 'N' akan diumumkan pada 19 Dis

Keputusan peperiksaan GCE peringkat 'N' akan diumumkan pada Khamis depan (19 Dis), menurut Kementerian Pendidikan (MOE).

Anggaran Waktu Membaca:
Keputusan peperiksaan GCE 'N' akan diumumkan pada 19 Dis

(Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 12 Dec 2019 03:06PM Dikemas Kini : 12 Dec 2019 03:10PM

SINGAPURA: Keputusan peperiksaan GCE peringkat 'N' akan diumumkan pada Khamis depan (19 Dis), menurut Kementerian Pendidikan (MOE).

Para pelajar boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing dari pukul 2.00 petang, menurut kementerian itu dalam satu kenyataan bersama dengan Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapura (SEAB).

Para calon privet akan dimaklumkan mengenai keputusan mereka melalui pos. Mereka yang mempunyai akaun SingPass boleh memperolehi keputusan mereka secara online melalui Sistem Pengumuman Keputusan Peperiksaan di laman SEAB dari pukul 2.00 petang.

Para pelajar yang ingin mendaftarkan diri bagi mengikuti kursus-kursus di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) boleh mengemukakan permohanan mereka secara online menerusi portal ITE selepas mendapat keputusan mereka.

Bagi kursus-kursus yang ditawarkan di bawah Kemasukan Berdasarkan Kebolehan, para pelajar boleh mendapatkan butiran mengenai sesi janji temu menerusi portal pendaftaran ITE pada 26 Disember.

Keputusan mengenai pemilihan ITE akan diumumkan pada 3 Januari 2020. Para pelajar boleh mendapatkan keputusannya secara online menerusi portal pendaftaran ITE. Mereka yang ditawarkan untuk melanjutkan pengajian ke ITE harus log masuk ke dalam portal itu antara 3 hingga 7 Januari 2020 untuk sama ada menerima atau menolak tawaran tersebut.

Borang permohonan juga akan disediakan di pusat-pusat khidmat pelanggan di ketiga-tiga kolej ITE.

PROGRAM SKIM PENGAMBILAN MASUK SECARA LANGSUNG KE POLITEKNIK (DPP)

Para pelajar yang layak untuk Program Skim Pengambilan Masuk Secara Langsung ke Politeknik (DPP) akan menerima satu salinan Borang N dari sekolah menengah masing-masing, yang mempelawa mereka untuk mendaftarkan diri bagi program tersebut.

Permohonan bagi DPP boleh dikemukakan secara online menerusi portal pendaftaran ITE antara pukul 2.30 petang pada 19 Disember 2019 hingga 5.00 petang pada 23 Disember 2019.

Keputusan DPP akan diumumkan pada 26 Disember 2019.

PROGRAM ASAS POLITEKNIK (PFP)

Para pelajar yang berhasrat untuk mendaftarkan diri bagi Program Asas Politeknik (PFP) pula harus melanjutkan pelajaran peringkat Menengah 5 pada 2 Januari 2020 sementara menunggu pemberitahuan mengenai kelayakan dan pengesahan bahawa mereka mendapat tempat di bawah program tersebut.

Proses permohonan bagi PFP akan dibuka pada Januari depan pada hari keputusan peperiksaan GCE peringkat 'O' diumumkan.

Mereka yang layak untuk program PFP akan menerima satu salinan Borang P pada hari yang sama, bagi mempelawa mereka supaya mendaftarkan diri untuk program tersebut.

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan