Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Keputusan Pendaftaran Kemasukan Bersama (JAE) dikeluarkan 4 Feb

Anggaran Waktu Membaca:
Keputusan Pendaftaran Kemasukan Bersama (JAE) dikeluarkan 4 Feb

(Gambar: Chan Chun Sing/Facebook)

Diterbitkan : 28 Jan 2022 11:43AM Dikemas Kini : 28 Jan 2022 12:33PM

SINGAPURA: Keputusan bagi Pendaftaran Kemasukan Bersama (JAE) 2022 akan dikeluarkan pada pukul 9.00 pagi 4 Februari ini.

Demikian menurut Kementerian Pendidikan (MOE) hari ini (28 Jan). 

Para pelajar boleh mendapatkan keputusan kemasukan mereka menerusi Sistem Internet JAE ataupun kiriman SMS. 

Para pelajar yang diterima masuk ke maktab rendah (JC) ataupun Institut Millenia (MI) harus melaporkan diri ke institusi masing-masing pada 7.30 pagi pada 7 Februari. 

Para pelajar yang tidak dapat menghadiri hari pertama sekolah di JC atau MI atas sebab-sebab sah harus menghubungi sekolah masing-masing untuk mengesahkan dan menempah tempat duduk mereka di sekolah berkenaan, menurut MOE. 

Para pemohon yang mendapat tempat di politeknik dan Institut Pendidikan Teknikal (ITE) pula akan menerima surat daripada institusi masing-masing tentang maklumat pendaftaran. 

Para pelajar yang ingin membuat rayuan untuk ditukarkan ke maktab rendah lain perlu menghubungi maktab rendah pilihan mereka menerusi telefon ataupun emel, menurut MOE lagi. 

"Permohonan itu bergantung kepada budi bicara maktab rendah jika ia mempunyai tempat kosong dan jika pemohon memenuhi markah yang ditetapkan bagi latihan tahun ini," tambah kementerian itu.

Para pelajar yang ingin membuat rayuan untuk berpindah ke MI juga harus menghubungi institusi tersebut menerusi telefon atau emel. 

Para pelajar yang ingin merayu untuk ke politeknik yang lain ataupun kursus Nitec Tinggi selama dua tahun, mereka boleh berbuat demikian menerusi Portal Rayuan Online JAE. 

Para pelajar yang tidak mendapat tempat dalam mana-mana kursus semasa JAE juga digalakkan untuk membuat rayuan menerusi portal yang sama, menurut MOE. 

Rayuan boleh dihantar mulai pukul 9.00 pagi pada 4 Februari sehingga pukul 4.00 petang pada 9 Februari. Keputusannya akan dikeluarkan pada pukul 9.00 pagi pada 20 Februari. 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan