Skip to main content

Singapura

Keputusan Pendaftaran Kemasukan Bersama 2024 dikeluarkan 1 Feb

Anggaran Waktu Membaca:
Keputusan Pendaftaran Kemasukan Bersama 2024 dikeluarkan 1 Feb

Gambar: Chan Chun Sing/Facebook

SINGAPURA: Keputusan bagi Pendaftaran Kemasukan Bersama 2024 (JAE) akan diumumkan pada pukul 9.00 pagi pada 1 Feb.

Para pemohon boleh mendapatkan keputusan mereka melalui SMS atau Sistem Internet JAE.

Para pelajar yang ditempatkan di Maktab Rendah (JC) atau Institut Millennia (MI), perlu melaporkan diri ke institusi masing-masing pada pagi 2 Feb.

Kementerian Pendidikan (MOE) menyatakan pada Khamis (25 Jan), para pelajar yang tidak dapat melaporkan diri di MI atau JC yang ditetapkan pada hari pertama persekolahan atas sebab-sebab yang sah, harus menghubungi institut mereka untuk mengesahkan tempat mereka.

Pemohon yang ditempatkan di politeknik atau Institut Pendidikan Teknikal (ITE) akan menerima butiran pendaftaran mereka melalui emel atau pos pada akhir bulan Februari.

Pemohon yang ingin membuat rayuan pindah ke kursus JC atau MI hendaklah menghubungi JC atau MI pilihan mereka secara langsung melalui telefon atau emel.

"Pihak institusi akan memutuskan rayuan sedemikian jika ia mempunyai tempat kosong dan jika pemohon memenuhi markah yang ditetapkan bagi urusan tahun ini," tambah MOE dalam kenyataan medianya.

Pemohon boleh mendapatkan nombor telefon dan alamat emel JC/MI di laman MOE menerusi School Finder.


Pemohon yang ingin membuat rayuan untuk bertukar ke politeknik atau kursus NITEC Lanjutan ITE selama 2 tahun boleh berbuat demikian melalui Portal Rayuan Online JAE.


Pemohon yang tidak dihantar ke mana-mana kursus semasa JAE juga digalakkan untuk mengemukakan rayuan melalui portal yang sama.

Rayuan boleh dibuat di portal itu dari 9.00 pagi pada 1 Feb hingga 4.00 petang pada 6 Feb.

Keputusan akan dikeluarkan di portal yang sama pada pukul 9.00 pagi pada 21 Feb.

Sumber : CNA/LL/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita