Skip to main content

Singapura

Keputusan pemilihan sekolah menengah akan diumum pada 22 Dis

Keputusan bagi pemilihan sekolah menengah bagi pelajar Menengah 1 akan dikeluarkan pada 22 Disember, pukul 9.00 pagi, menurut Kementerian Pendidikan (MOE) dalam kenyataan media pada Rabu (15 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Keputusan pemilihan sekolah menengah akan diumum pada 22 Dis

(Gambar fail: MOE)

Diterbitkan : 15 Dec 2021 01:01PM

SINGAPURA: Keputusan bagi pemilihan sekolah menengah bagi pelajar Menengah 1 akan dikeluarkan pada 22 Disember, pukul 9.00 pagi, menurut Kementerian Pendidikan (MOE) dalam kenyataan media pada Rabu (15 Dis).

Para pelajar boleh mendapatkan keputusan tersebut menerusi saluran-saluran berikut:

- Kiriman pesanan teks ringkas (SMS), sekiranya nombor telefon disertakan ketika proses permohonan

- Sistem Internet S1 atau

- Di sekolah rendah murid

"Para pelajar tidak perlu melaporkan diri ke sekolah menengah masing-masing sehari selepas menerima keputusan pemilihan S1," menurut MOE.

"Sebaliknya, para pelajar harus merujuk kepada laman sekolah masing-masing mulai 22 Disember 2021 untuk mendapatkan lebih banyak maklumat seperti arahan bagi membeli buku dan seragam sekolah secara online, senarai buku serta butiran selanjutnnya sebelum melaporkan diri ke sekolah."

Para ibu bapa yang menggunakan Gerbang Ibu Bapa juga mungkin menerima arahan daripada sekolah menengah anak mereka selepas waktu tengah hari pada 22 Disember.

Para pelajar yang tidak dapat melaporkan diri ke sekolah menengah masing-masing pada 4 Januari - iaitu hari pertama persekolahan - boleh menghubungi sekolah masing-masing bagi mengesahkan bahawa mereka akan mengambil tempat di sekolah itu. Pihak sekolah kemudian akan menyimpan slot tersebut untuk mereka.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita