Keputusan Pemerintah salur dana kepada SPH Media tidak berubah susuli kes tokok tambah data edaran
Isu kadar pengedaran akhbar-akhbar terbitan SPH Media Trust (SMT) yang ditokok tambah, tidak menjejas rancangan pemerintah untuk menyalurkan dana.
SINGAPURA: Isu kadar pengedaran akhbar-akhbar terbitan SPH Media Trust (SMT) yang ditokok tambah, tidak menjejas rancangan pemerintah untuk menyalurkan dana.
Menteri Perhubungan dan Penerangan Josephine Teo memberitahu Parlimen ini kerana peranan penting yang dimainkan SMT sebagai wadah berita untuk suara tempatan.
Cik Teo menegaskan pembiayaan itu adalah berdasarkan angka pencapaian atau 'reach' dan bacaan, bukan edaran.
Pemerintah telah memberikan komitmen dana S$180 juta setahun bagi tempoh lima tahun, mulai 2022.
Namun hingga kini, belum ada dana yang disalurkan kepada SMT.
"Secara khusus, tiada dana awam yang hilang. Tiada perubahan kepada keputusan untuk memberi sokongan dana kepada SMT dan tiada perubahan kepada jumlah dana yang akan disalurkan kepada SMT," kata Cik Teo.
Menurutnya lagi, insiden terbaru itu membuktikan keperluan melakukan penyusunan semula serta menyediakan dana untuk SPH Media Trust.
Ia juga perlu bagi meningkatkan kemampuannya serta menyokong wadah berita dalam bahasa vernakular.
Ini bagi memastikan berita antarabangsa dapat dipaparkan dalam konteks tempatan.
Beberapa langkah perlindungan turut diterapkan, katanya.
Ini termasuk menggunakan pihak ketiga untuk mengukur jumlah bacaan bagi setiap wadah berita.
Pihak MCI juga sedang menimbangkan beberapa langkah tambahan bagi menjamin ketelusan.
"Pencapaian KPI akan menentukan jumlah dana yang bakal diterima SMT.
"SMT juga perlu memberikan kemas kini tentang pencapaiannya dua kali dalam setahun.
"Dana hanya akan diagihkan jika SMT memberi kemas kini yang memuaskan secara tetap mengenai di mana dan bagaimana dana dibelanjakan, serta rancangan niaganya untuk masa depan.
"Pemerintah juga akan menyemak kuantum pendanaan di pertengahan tempoh, serta melaraskan KPI dan pendanaan jika perlu," kata Cik Teo.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.