Skip to main content

Singapura

Keputusan masuk maktab rendah, politeknik, ITE pada 28 Jan

Keputusan Permohonan Kemasukan Bersama (JAE) 2021 akan dikeluarkan pada 28 Jan pada pukul 9.00 pagi, menurut Kementerian Pendidikan (MOE) pada Khamis (21 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Keputusan masuk maktab rendah, politeknik, ITE pada 28 Jan

(Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 21 Jan 2021 12:41PM Dikemas Kini : 21 Jan 2021 12:44PM

SINGAPURA: Keputusan Permohonan Kemasukan Bersama (JAE) 2021 akan dikeluarkan pada 28 Jan pada pukul 9.00 pagi, menurut Kementerian Pendidikan (MOE) pada Khamis (21 Jan).

Para pelajar boleh mendapatkan keputusan permohonan mereka menerusi Sistem Internet JAE (JAE-IS) atau khidmat pesanan ringkas SMS, menurut MOE lagi.

Para pelajar yang diterima masuk ke maktab rendah (JC) atau Institut Millennia (MI) harus melaporkan diri ke institusi-institusi tersebut pada pukul 7.30 pagi pada 29 Jan.

Mereka yang tidak dapat melaporkan diri ke institusi mereka pada hari pertama persekolahan atas sebab-sebab munasabah boleh menghubungi pihak sekolah secara langsung untuk mengesahkan tempat mereka, menurut MOE.

Para pemohon yang mendapat tempat di politeknik atau Institut Pendidikan Teknikal (ITE) pula akan menerima surat dengan butiran pendaftaran mereka.

PERMOHONAN RAYUAN

Para pelajar yang ingin membuat rayuan untuk bertukar ke maktab rendah lain harus menghubungi maktab rendah itu secara langsung menerusi telefon atau emel.

Maktab rendah tersebut akan menimbangkan permohonan itu jika ia mempunyai tempat kosong dan pelajar berkenaan memenuhi kriteria yang ditetapkan bagi kemasukan tahun ini, menurut MOE.

Mereka yang ingin menukar ke MI patut menghubungi MI secara langsung menerusi telefon atau emel.

Sementara itu, para pelajar yang ingin membuat rayuan untuk menukar kepada kursus diploma politeknik atau kursus Nitec Lanjutan ITE lain boleh berbuat demikian menerusi Portal Rayuan Online JAE.

Para pelajar yang tidak mendapat tempat dalam sebarang kursus semasa JAE juga digalak untuk membuat rayuan menerusi portal yang sama, menurut MOE.

Para pemohon boleh membuat rayuan dari pukul 9.00 pagi pada 28 Jan hingga pukul 4.00 petang pada 2 Feb.

Keputusan rayuan itu akan dikeluarkan pada pukul 9.00 pagi pada 17 Februari.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita