Skip to main content

Singapura

Keputusan masuk JC, MI, politeknik dan ITE pada 1 Feb

Keputusan Pendaftaran Kemasukan Bersama (JAE) 2018 akan diumumkan pada Khamis depan (1 Feb) pada 9.00 pagi. Demikian menurut Kementerian Pendidikan (MOE) hari ini (25 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 25 Jan 2018 01:05PM Dikemas Kini : 25 Jan 2018 10:33PM

SINGAPURA: Keputusan Pendaftaran Kemasukan Bersama (JAE) 2018 akan diumumkan pada Khamis depan (1 Feb) pada 9.00 pagi. Demikian menurut Kementerian Pendidikan (MOE) hari ini (25 Jan).

Para pelajar boleh memeriksa keputusan masing-masing menerusi Sistem Internet JAE (JAE-IS) atau melalui SMS.

Para pemohon yang diterima masuk ke maktab rendah (JC) atau Institut Millenia (MI) harus melaporkan diri ke institusi-institusi tersebut pada keesokan harinya (2 Feb) pada jam 7.30 pagi.

Para pemohon yang mendapat tempat di politeknik atau Institut Pendidikan Teknikal (ITE) akan menerima arahan lanjut menerusi pakej pendaftaran dari institusi masing-masing melalui pos.

PARA PELAJAR YANG INGIN MEMBUAT RAYUAN

MOE menasihatkan para pelajar yang ingin menukar ke maktab rendah lain atau ke MI, agar pergi langsung ke institusi pilihan mereka.

Maktab rendah tersebut akan menimbangkan permohonan itu jika ia mempunyai tempat kosong dan pelajar itu memenuhi kriteria yang ditetapkan bagi tahun ini.

Para pelajar yang ingin memohon menukar ke MI juga harus menghubungi langsung institut itu, menurut MOE.

Para pelajar yang ingin merayu bagi mendapatkan tempat dalam politeknik atau ingin menukar ke kursus diploma yang lain boleh berbuat demikian menerusi sistem rayuan JAE Politeknik, dari 9.00 pagi pada 1 Februari hingga 4.00 petang pada 5 Februari .

Keputusan rayuan mereka akan diumumkan menerusi laman rayuan JAE Politeknik pada 8 Februari, jam 2.00 petang.

Para pemohon yang ingin merayu bagi tempat di ITE juga boleh berbuat demikian menerusi laman ITE, dari 9.00 pagi pada 1 Februari hingga 11.59 malam pada 7 Februari.

Menurut MOE lagi, keputusan rayuan akan diketahui menerusi satu lagi portal ITE dari 9.00 pagi pada 26 Febuari. Para pemohon yang berjaya perlu menerima tawaran tersebut sebelum 1 Mac. 

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita