Keputusan kes Pritam Singh pada 17 Feb: Butiran perbicaraan dan apa yang menjadi pertaruhan
Anggaran Waktu Membaca:
Pritam Singh, bersama peguam dan bapanya, meninggalkan Mahkamah Negara pada 24 Oktober 2024. (Gambar: CNA/Lim Li Tin)
SINGAPURA: Keputusan perbicaraan Ketua Pembangkang Pritam Singh yang didakwa kerana berbohong kepada Jawatankuasa Hak Istimewa Parlimen (COP) akan dikeluarkan pada Isnin (17 Feb).
Timbalan Ketua Hakim Daerah Luke Tan dijangka akan menyampaikan keputusannya di Mahkamah Negara, sekali gus menamatkan kes terhadap Encik Pritam yang bermula hampir setahun lalu sejak beliau didakwa. Perbicaraan kes tersebut berakhir pada 8 Nov 2024.
Setiausaha Agung Parti Pekerja (WP) berusia 48 tahun itu menghadapi dua tuduhan dengan sengaja memberikan dua jawapan palsu kepada COP pada 10 Dis dan 15 Dis 2021, semasa siasatan terhadap pembohongan mantan Anggota Parlimen WP Raeesah Khan di Parlimen.

Kes Encik Pritam dipercayai adalah pendakwaan pertama seumpama itu di bawah Akta Parlimen (Hak Istimewa, Kekebalan dan Kuasa).
Jika dibebaskan, Encik Pritam tidak boleh dibicarakan lagi atas kesalahan yang sama berhubung fakta yang sama. Pembebasannya akan kekal kecuali pihak pendakwa memutuskan untuk mengemukakan rayuan, yang mesti dilakukan dalam tempoh 14 hari selepas keputusan itu diumumkan.
Jika sabit kesalahan, kedua-dua pihak akan mengemukakan hujah mengenai hukuman yang sepatutnya dikenakan ke atas Encik Pritam sebelum hakim menyampaikan keputusannya. Sebarang rayuan terhadap sabitan atau hukuman juga mesti difailkan dalam tempoh 14 hari dari hukuman itu.
Encik Pritam juga boleh didapati bersalah dan dijatuhi hukuman atas satu tuduhan, dan dibebaskan daripada tuduhan lain.

Memandangkan Pilihan Raya Umum Singapura akan datang (GE2025) yang mesti diadakan selewat-lewatnya pada 23 Nov, semua perhatian tertumpu kepada sama ada setiausaha agung WP itu mungkin dihalang daripada bertanding dalam pilihan raya tersebut.
Di bawah Perlembagaan Negara, seseorang individu yang didenda sekurang-kurangnya S$10,000 atau dikenakan hukuman penjara sekurang-kurangnya satu tahun tidak dibenarkan untuk bertanding dalam pilihan raya atau memegang kerusi Parlimen selama lima tahun.
Encik Pritam berdepan hukuman penjara maksimum selama tiga tahun dan denda S$7,000 bagi setiap tuduhan. Sekiranya Encik Pritam disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman penjara, hakim akan menentukan sama ada tempoh penjara berjalan serentak atau secara berturut-turut.
Pejabat Peguam Negara (AGC) sebelum ini menyatakan bahawa pihak pendakwa akan mengusulkan denda bagi setiap tuduhan.
Para pakar undang-undang memberitahu Mediacorp bahawa keputusan perbicaraan Encik Pritam bergantung kepada Perlembagaan Negara. Jika kedua-dua denda itu dipertimbangkan secara kumulatif, denda maksimum S$14,000 akan membatalkan kelayakannya sebagai Anggota Parlimen dan melarangnya daripada bertanding dalam pilihan raya akan datang.
Mahkamah juga mempunyai budi bicara untuk menjatuhkan hukuman yang lebih berat daripada apa yang diusulkan oleh pihak pendakwa. Contoh ketara baru-baru ini ialah hukuman penjara selama setahun yang dijatuhkan ke atas mantan Menteri Pengangkutan S Iswaran, dengan hukuman itu hampir dua kali ganda daripada yang diminta oleh pihak pendakwa.
BUTIRAN KES
Kes itu berpunca daripada ucapan Cik Raeesah Khan di Parlimen pada 3 Ogos 2021 yang ketika itu Cik Raeesah adalah Anggota Parlimen di GRC Sengkang yang dikuasai oleh WP.
Cik Raeesah berbohong bahawa beliau pernah menemani mangsa rogol untuk membuat aduan polis, dan pegawai itu telah membuat komen yang tidak sesuai mengenai pakaian mangsa dan peminuman arak.
Encik Pritam mendapat tahu tentang pembohongan itu melalui panggilan telefon dengan Cik Raeesah pada 7 Ogos.
Bagaimanapun, apabila Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam menggesa Cik Raeesah untuk mendapatkan butiran bagi dakwaannya itu di Parlimen pada 4 Okt, Cik Raeesah tidak mengaku bahawa beliau berbohong. Beliau akhirnya mengaku berbohong sebulan kemudian, yang mendorong kepada siasatan COP dan denda S$35,000 kerana menyalahgunakan hak istimewa parlimen.

SOROTAN PERBICARAAN
Perbicaraan bermula pada 7 Okt 2024 dan berlangsung selama 13 hari dalam bilik mahkamah yang penuh sesak.
Cik Raeesah adalah saksi pertama pihak pendakwa, kembali menjadi tumpuan awam buat kali pertama sejak meletak jawatan daripada partinya dan sebagai Anggota Parlimen pada hujung 2021.

Cik Raeesah memberi keterangan yang mendakwa bahawa Encik Pritam berkata beliau (Cik Raeesah) dan para pemimpin parti perlu membawa pembohongannya "sampai ke liang lahad" semasa mesyuarat pada 8 Ogos 2021. Cik Raeesah juga berkata bahawa pada mesyuarat 3 Okt 2021, Encik Pritam berkata bahawa beliau tidak akan menghakiminya jika Cik Raeesah terus berbohong.
Cik Raeesah berkata beliau berasa "sangat kecewa dan dikhianati" apabila panel disiplin WP yang terdiri daripada Encik Pritam, Cik Sylvia Lim dan Encik Muhamad Faisal Abdul Manap kemudiannya mempersoalkan tingkah lakunya.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.