Keputusan kes mahkamah Mohd Razif Radi pada 13 Feb 2025
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Mahkamah menetapkan tarikh 13 Februari 2025 untuk mengumumkan keputusan kes dakwaan terhadap Mohd Razif Radi selepas perbicaraan kes itu berakhir pada Jumaat petang (15 Nov).
Perbicaraan itu bermula 24 Jun lalu dan telah berlangsung selama 15 hari.
Razif, 67 tahun, menghadapi tuduhan di bawah Seksyen 139 (1) Akta Pentadbiran Hukum Islam (AMLA) kerana dipercayai menyebarkan ajaran sesat di Singapura antara 2004 hingga 2020 termasuk:
a. Perjudian boleh dibenarkan,
b. Mengaku dirinya sebagai Nabi dan boleh menyeru roh 'Mbah' yang dikatakan merupakan Nabi terakhir atau keturunannya,
c. 'Nikah batin' antara lelaki dan wanita boleh dianggap sebagai sah
Razif juga didakwa di bawah Peraturan 5(1) kerana mengendalikan sebuah sekolah agama antara 2017 hingga 2020 di sebuah kafe di Jalan Pisang tanpa berdaftar dengan MUIS.
Dia boleh dihukum di bawah Peraturan 5(2) AMLA (Sekolah Agama).
PEMERIKSAAN BALAS BERSAMA DPP
Dalam percubaan menegakkan kesnya pada hari terakhir perbicaraan, pihak pembela menampilkan seorang lagi saksi baharu.
Sebelum itu, sesi pemeriksaan balas oleh pihak pendakwa diteruskan dengan saksi pembela ketujuh (DW7).
Saksi tersebut tidak boleh dinamakan atas perintah mahkamah.
Beliau sebelum ini tampil di mahkamah pada Khamis (14 Nov) untuk memberikan keterangan.

Antara bahan bukti yang dirujuk dalam mahkamah semasa pemeriksaan balas oleh Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Hidayat Amir adalah beberapa e-mel antara DW7 dengan seorang saksi pendakwa - yang mendakwa telah pergi ke kelas-kelas kendalian Razif.
Menurut DW7, beliau bertemu dengan saksi pendakwa itu bersama Razif sebanyak dua kali, untuk Razif berikan nasihat perkahwinan kepada saksi pendakwa.
Dalam emel tersebut, saksi pendakwa menggunakan terma-terma “kelas”.
Namun, dalam emel balas DW7 kepadanya, DPP Hidayat merujuk bahawa DW7 tidak cuba memperbetulkan dakwaan itu, sekiranya memang benar tiada kelas sedemikian.
“Dalam emel balas, anda mengesahkan ada kelas itu, anda juga cuba pertahankan kelas itu. Anda balas “Jika anda ingin perkara lain, saya cadangkan anda tinggalkan ‘kuliah’ ini. Kalau pandangan ada memang tidak ada kelas, jadi kenapa anda gunakan ‘tinggalkan kuliah’?” tanya DPP Hidayat.
Wanita itu menjawab: “Hubungan (Saksi pendakwa) dan saya semakin rapat dan saya rasa tidak selesa.”
“Jadi kenapa anda tidak katakan ‘Lebih baik kita tidak berjumpa lagi.' Sebaliknya, anda menggunakan ‘tinggalkan kuliah’,” kata DPP Hidayat dengan tegas.
Lebih memusykilkan lagi, menurut DPP Hidayat, adalah e-mel balas DW7 tidak membuat sebarang rujukan tentang ‘nasihat perkahwinan oleh Razif’ - iaitu, menurut DW7, tujuan utama mengapa saksi pendakwa dan Razif bertemu.
“Sebaliknya, ada rujukan tentang kuliah, tentang pelajar, tentang kelas,” kata DPP Hidayat.
Berkenaan isu nikah batin pula, DW7 memberitahu mahkamah bahawa dia tidak akan pernah terbayang untuk adakan hubungan romantik dengan yang tertuduh.
Menggunakan keterangan itu, DW7 dirujuk kepada bahan bukti merupakan surat yang mengandungi kata-kata “Abang, saya berterima kasih awak mengambil saya sebagai isteri” dan “Bagaimana saya harus menghadapi perpisahan ini sebagai isteri”.
Bahan bukti itu juga dirujuk berkali-kali oleh saksi pembela lain, di mana nama mereka terbabit sebagai ‘isteri batin’ Razif.
DW7, sebelum ini menerangkan kepada mahkamah bahawa tulisan itu adalah sebahagian daripada penulisan skrip untuk drama TV.
DPP Hidayat: Jadi, anda kata anda tidak boleh bayangkan adakan hubungan romantik dengan Razif. Tetapi penulisan awak ini sendiri menunjukkan bahawa awak boleh bayangkan bercinta dengan Razif.
DW7: Benar tetapi saya hanya menggunakan nama dia sebagai rujukan.
DPP Hidayat: Jadi nama-nama yang awak babitkan (tiga nama saksi pembela), juga tiada makna juga?
DW7: Ini bukan realiti. Kami (pada waktu itu) sudah berkahwin dengan suami masing-masing! Saya menggunakan nama mereka sebab mudah untuk saya kembangkan watak-watak ini dalam penulisan saya.
DPP Hidayat: Pada waktu itu, anda ada kawan-kawan yang belum berkahwin?
DW7: Ada
Hakim Daerah, Shaiffudin Saruwan, menerjah perbualan itu dan bertanya, "Mengapa anda kata untuk mengembangkan watak, dengan menggunakan nama-nama rakan-rakan rapat awak? Mengapa anda tidak menggunakan nama yang fiksyen saja?"
Saksi DW7 hanya menjawab, “Itu memang cara saya menulis."
Selain itu, DW7 juga dirujuk kepada bah bukti yang merupakan penulisan dirinya sendiri tentang topik ‘Nikah Batin’.
Pada Khamis (14 Nov), DW7 menerangkan kepada mahkamah bahawa beliau salah eja perkataan ‘Nikah’ dan sebaliknya ingin menulis ‘Nafkah’ (Nafkah Batin).
DPP Hidayat menarik perhatian bahawa ada beberapa kali beliau menggunakan perkataan ‘nikah’, bukan sekali sahaja.
Beliau juga merujuk kepada satu lagi bahan bukti yang merupakan penulisan DW7 tentang ‘sembilan isteri’.
“Anda setuju, yang seseorang itu tidak boleh mengeluarkan fatwa baharu dalam penulisan fiksyen?” tanya DPP Hidayat.
Wanita itu bersetuju.
“Jadi, dengan menulis ‘mempunyai 9 isteri yang sah’, bukankah itu bercanggah dengan apa yang anda katakan?” tanya DPP Hidayat lagi.
“Ya, saya setuju tetapi ini penulisan saya sahaja!” jawab DW7.
DPP Hidayat menambah: “Dan itu ‘okey’ untuk anda?”
“Apabila saya menulis, ia mencerminkan idea dan kajian yang saya lakukan. Faktanya adalah hanya Nabi Muhammad s.a.w yang ada lebih daripada empat isteri yang sah. Saya hanya berfikir sahaja. Ia salah satu cara untuk saya luahkan pemikiran tetapi pada akhirnya, apa yang saya ingin ketengahkan adalah sebuah drama. Bahan bukti ini tiada konteks besarnya. Maaf tetapi mengapa ini semua berlaku adalah kerana bahan-bahan bukti ini diambil tanpa pengetahuan saya! Ia tidak sepatutnya ditunjukkan kepada sesiapa!” kata wanita itu yang mula meninggikan suaranya.
Suasana dalam mahkamah menjadi tegang dan Encik Shaiffudin terpaksa menghentikan perbicaraan untuk membenarkan DW7 menenangkan diri.
Selepas perbicaraan disambung, DPP Hidayat mengatakan bahawa salah seorang saksi pendakwa telah tampil memberikan keterangan, mendengar ‘Mbah’ mengatakan akan ada sembilan isteri.
“Dia tahu secara kebetulan sahaja?” Tanya DPP Hidayat.
Wanita itu menjawab: “Benar.”
DPP Hidayat menambah: “Tetapi, (saksi pendakwa) yang sama juga menerangkan bahawa dia tahu tentang perjudian daripada anda tetapi anda kata, anda tidak pernah berkongsi perkara ini dengan siapa-siapa? Dia juga, bersama empat lagi saksi pendakwa memberi keterangan bahawa mereka melihat Razif menjadi ‘Mbah’. Tidak mungkin mereka semua membohong tentang perkara yang sama, puan?”
Saksi DW7 mengatakan bahawa mereka mungkin dapat tahu tentang perkara-perkara itu menerusi artikel Straits Times yang dikeluarkan.
Namun Hakim Shaiffudin, menerjah dan mengatakan bahawa DW7 berada dalam mahkamah undang-undang.
Beliau bertanya: “Anda tidak boleh melemparkan kata-kata seperti ‘confetti’. Adakah perkara-perkara itu keluar di dalam artikel itu ataupun tidak?”
Semua terdiam seketika.
DPP Hidayat kemudian berhujah: “Razif sebenarnya mengajar para pelajarnya, termasuk anda, bahawa dia boleh menyeru Nabi terakhir, menerusi Mbah. Nota, e-mel, penulisan, dan surat anda sendiri adalah bukti pengajarannya. Anda terlibat dalam puak agama dan Razif adalah ketuanya. Anda bukan sahaja pelajar Razif, bahkan anda juga adalah penolongnya dan perekrut. Anda menggunakan peranan anda sebagai CEO, untuk merekrut lebih ramai orang dalam kumpulan.
“Saya tidak setuju!” jawab wanita itu dengan tegas.
PENJELASAN DW7 ATAS KETERANGANNYA
Semasa pemeriksaan balas dengan peguam bela, Simon Tan, saksi DW7 diberi peluang untuk menjelaskan keterangan-keterangan yang dibuatnya.
Berkenaan penulisan yang bertentangan dengan ajaran Islam seperti mempunyai sembilan isteri yang sah, DW7 berkata: “Apabila saya menulis tentang topik-topik agama dalam penulisan, saya percaya ada ruang yang terbuka untuk perbincangan termasuk apa yang haram. Pada akhirnya, pastinya kita perlu memperbetulkan pemikiran kami.”
“Saya ingin meletakkan pengajaran dalam penulisan itu. Benar, ada ajaran sesat, tetapi apa yang saya ingin gambarkan adalah, pada akhirnya, kita perlu kembali kepada Islam. Benar, penulisan saya ada berkenaan dengan ajaran sesat tetapi ia tidak bermakna, itulah pengakhirannya. Itu tidak bermakna saya tidak boleh menulisnya,” tambah beliau lagi.
Berkenaan dakwaan terhadapnya sebagai isteri batin yang tertuduh, dia pula berkata: “Apa yang saya tulis, adalah pemikiran saya, imaginasi saya. Tidak ada orang yang boleh katakan yang saya menjalankan perkara-perkara itu. Kalau saya dikatakan telah berjudi, siapa yang boleh katakan sebenarnya yang saya berjudi. Kalau saya benar isteri batin Razif, apa buktinya. Ini semua imaginasi saya. Adakah saya merealisasikannya? Itu tidak adil untuk menghakimi saya berdasarkan penulisan saya.”
SAKSI PEMBELA TERAKHIR, SEORANG RELAWAN DI SYARIKAT GREEN MEDIA
Perbicaraan kes itu diteruskan dengan saksi terakhir bagi pihak pembela yang dipanggil ke mahkamah iaitu Nurzaliyati Taib, 49 tahun.
Beliau mendapat tahu tentang syarikat Green Media, milik Razif, menerusi DW7.
Menurut Cik Nurzaliyati, beliau merupakan relawan di syarikat itu sebagai penerbit video.
Beliau juga memberitahu mahkamah beliau akan menghadiri mesyuarat-mesyuarat GM sekitar sebulan sekali.
Apabila dirujuk kepada bahan bukti yang merupakan catatan perbincangan mesyuarat, Cik Nurzaliyati berkata: "Di Green Media, kami tidak mencatatkan perbincangan mesyuarat. Mesyuarat selalu dijalankan dengan santai."
DPP Hidayat bertanya semasa pemeriksaan balas: "Berapa peratus daripada jumlah mesyuarat yang diadakan oleh Green Media yang anda rasa anda hadiri?"
DW8 menjawab: "20 peratus."
"Jadi daripada 80 peratus mesyuarat yang anda tidak hadiri, anda sendiri kata tidak ada catatan mesyuarat yang dibuat, pasti anda tidak tahu apa yang berlaku semasa mesyuarat-mesyuarat itu? Dan ia juga satu kemungkinan bahawa ada kelas-kelas agama yang dijalankan dan anda tidak tahu tentangnya?" tanya DPP Hidayat.
Cik Nurzaliyati bersetuju.
PERBICARAAN KES MOHD RAZIF RADI
Perbicaraan ini sudah berlangsung selama kira-kira lima bulan sejak Jun lalu.
Sepanjang perbicaraan tersebut, pihak pendakwa yang diketuai oleh DPP Hidayat, mengetengahkan 12 orang saksi.
Pada mulanya, 14 orang saksi pendakwa disenaraikan. Namun, pihak pendakwa memilih untuk tidak memanggil dua daripada mereka ke mahkamah.
Pihak pembela dari Attorneys Inc. LLC yang diketuai oleh peguam bela Encik Tan pula menampilkan seramai lapan orang saksi, termasuk tertuduh, sejak 4 November lalu.
KENYATAAN MUFTI DR NAZIRUDIN MOHD NASIR
Antara bahan bukti yang diketengahkan adalah kenyataan daripada Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir.
Dalam kenyataan tersebut, beliau menyatakan bahawa perjudian adalah haram dalam apa jua bentuk dan merupakan dosa besar dalam Islam serta tidak boleh dihalalkan menerusi apa jua cara.
Beliau juga mengatakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w adalah Nabi terakhir dalam syariah Islam.
Menurut beliau, ia adalah haram untuk percaya dan mengajar bahawa rohnya atau roh keturunannya boleh diseru.
Berkenaan nikah batin pula, Dr Nazirudin berpandangan bahawa seorang lelaki dan wanita hanya boleh dianggap sah bernikah sekiranya, kedua-dua individu menepati usia yang sah, serta pernikahan itu dilakukan oleh wali pengantin perempuan atau menerusi Kadi/Naib Kadi.
Sebelum keputusan diumumkan pada 13 Februari depan, kedua-dua pihak perlu menghantar hujah penutup masing-masing selewat-lewatnya pada 17 Januari.
Sebarang jawapan balas pula perlu dibuat sebelum 31 Januari.
Jika disabit kesalahan, Razif boleh dikenakan dihukum penjara sehingga 12 bulan, atau didenda tidak lebih S$2,000 atau kedua-duanya, jika disabit kesalahan di bawah Seksyen 139(1) AMLA.
Bagi kesalahan tidak mendaftarkan sekolah agama pula, dia boleh dipenjara sehingga 12 bulan atau didenda sehingga S$2,000, atau kedua-duanya sekali.

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.