Keputusan kerja projek GCE A diberi kepada pelajar melalui panggilan telefon, emel
Keputusan kerja projek GCE A tahun ini akan didedahkan melalui panggilan telefon atau emel, menurut Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapura (SEAB) pada Isnin (27 Apr).
Para pelajar berdiri di luar Maktab Rendah Anderson setelah mengambil keputusan GCE A. (Gambar: Ruyi Wong)
SINGAPURA: Keputusan kerja projek GCE A tahun ini akan didedahkan melalui panggilan telefon atau emel, menurut Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapura (SEAB) pada Isnin (27 Apr).
Menjawab pertanyaan Mediacorp, SEAB menyatakan bersama-sama dengan Kementerian Pendidikan (MOE), ia pada awalnya mahu menangguhkan sehingga selepas 4 Mei untuk mengeluarkan keputusan tersebut. Keputusan kerja berkumpulan biasanya dikeluarkan pada pertengahan April.
Singapura sudah hampir tiga minggu menjalani tempoh pemutus rantaian jangkitan yang bertujuan untuk memecahkan lingkaran penularan COVID-19. Semua tempat kerja tidak penting sudahpun diarahkan supaya ditutup dan para pelajar dikehendaki menjalani pembelajaran di rumah.
Pemutus jangkitan pada mulanya dijadual berakhir pada 4 Mei.
Ia kemudian dilanjutkan sehingga 1 Jun dan cuti sekolah dipercepatkan kepada 5 Mei untuk berakhir pada 1 Jun. Oleh itu, keputusan kerja berkumpulan sebaliknya akan dikeluarkan pada 30 Apr sebelum bermula cuti pertengahan tahun, menurut SEAB.
SEAB juga menyatakan bahawa mengeluarkan keputusan online akan "memerlukan sokongan kakitangan" yang tidak mungkin dapat dilaksanakan "memandangkan khidmat penting diperketatkan akibat keadaan COVID-19".
"Maka itu, sekolah-sekolah akan mengeluarkan keputusan kerja berkumpulan (PW) secara langsung kepada pelajar, dengan sebahagian besarnya menerusi panggilan telefon dan emel."
Pada Februari, keputusan GCE A 2019 dikeluarkan kepada semua pelajar dan calon privet secara online dek penularan COVID-19. Sebelum ini, hanya calon privet boleh mengakses keputusan mereka secara online manakala calon sekolah perlu menghadirkan diri untuk mengambil keputusan masing-masing.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.