Skip to main content

Singapura

Keputusan juruterbang sebabkan penerbangan Scoot hilang tekanan udara

Syarikat penerbangan tambang rendah milik Singapore Airlines, Scoot, mendedahkan bahawa topeng-topeng oksigen yang dikeluarkan semasa penerbangan TR996 pada Ahad (24 Mac) diaktifkan oleh para juruterbangnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Keputusan juruterbang sebabkan penerbangan Scoot hilang tekanan udara

Topeng oksigen dikeluarkan dalam sebuah penerbangan Scoot dari Singapura semasa ia mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan di Taipei. (Gambar: 张福麟/8WorldNews)

Diterbitkan : 26 Mar 2019 02:08PM Dikemas Kini : 26 Mar 2019 02:15PM

SINGAPURA: Syarikat penerbangan tambang rendah milik Singapore Airlines, Scoot, mendedahkan bahawa topeng-topeng oksigen yang dikeluarkan semasa penerbangan TR996 pada Ahad (24 Mac) diaktifkan oleh para juruterbangnya.

Dalam kenyataannya kepada Mediacorp, Scoot menyatakan "siasatan awal menunjukkan bahawa para juruterbang membuat beberapa keputusan prosedur semasa melakukan pendaratan yang menyebabkan kehilangan tekanan udara dalam kabin pesawat".

Pesawat Airbus A320-200, yang membawa 178 penumpang, sedang dalam perjalanan dari Singapura ke Taipei apabila insiden itu berlaku.

"Meskipun penerbangan itu dapat diteruskan dengan selamat, para juruterbang bagaimanapun memutuskan untuk mengeluarkan topeng-topen oksigen sebagai langkah berjaga-jaga.

"Para juruterbang itu akan menjalani latihan semula bagi memperbaiki kelemahan. Kami meminta maaf kerana mencetuskan rasa bimbang dan gangguan terhadap para penumpang," menurut Scoot.

Tiada kecederaan dilaporkan dan pesawat itu tiba dengan selamat di Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan pada sekitar 1.15 tengah hari, waktu tempatan. Bagaimanapun, syarikat penerbangan itu menyatakan bahawa seorang penumpang melaporkan bayinya muntah semasa pesawat itu melakukan pendaratan.

Menurut Scoot, khdimat pesawat A320 itu digantung sementara siasatan dijalankan. Syarikat penerbangan itu juga akan menjalankan lebih banyak ujian sebelum membolehkan pesawat tersebut beroperasi semula.

Penerbangan pulang TR977 ke Singapura, yang pada awalnya dijadual berlepas pada pukul 2.00 petang waktu tempatan, kemudian ditangguh sehingga 12.45 pagi Isnin (25 Mac), menurut Scoot. Ia tiba di tanah air pada pukul 5.39 pagi.

Insiden itu adalah yang terbaru dialaminya selepas sekurang-kurangnya 12 gangguan utama penerbangan Scoot akibat isu teknikal sejak November lalu.

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita