Keputusan JAE 2025 akan dikeluarkan pada 4 Feb
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar fail: Marcus Mark Ramos)
SINGAPURA: Keputusan Pendaftaran Kemasukan Bersama (JAE) akan dikeluarkan pada pukul 9.00 pagi pada 4 Feb 2025.
Para pemohon boleh mendapatkan keputusan JAE mereka melalui SMS atau Sistem Internet JAE.
Para pelajar yang mendapat tempat dalam Maktab Rendah (JC) atau Institut Millennia (MI) perlu melaporkan diri di institusi masing-masing pada pagi 5 Feb.
Mereka yang tidak dapat melaporkan diri di JC atau MI pada hari pertama persekolahan atas alasan yang sah harus menghubungi institut masing-masing untuk mengesahkan dan menempah tempat mereka, menurut Kementerian Pendidikan (MOE) pada Isnin (27 Jan).
Para pemohon yang dihantar ke Institut Pendidikan Teknikal (ITE) akan menerima butiran tentang pendaftaran mereka melalui emel pada 4 Feb, manakala mereka yang mendapat tempat dalam politeknik akan mendapat butiran mereka pada hujung Februari 2025.
Para pemohon yang ingin membuat rayuan untuk menukar kepada kursus JC/MI haruslah menghubungi JC/MI pilihan mereka. Butiran proses rayuan dan garis masa boleh didapatkan di laman web institusi masing-masing.
"Institusi-institusi akan memutuskan rayuan sedemikian jika ia mempunyai tempat kosong dan jika pemohon memenuhi syarat-syarat kursus JAE tahun ini," kata MOE.
Mereka yang ingin membuat rayuan untuk berpindah ke politeknik atau kursus 2 tahun NITEC Lanjutan ITE boleh berbuat demikian melalui Portal Rayuan Online JAE.
MOE menambah, para pemohon yang tidak mendapat tempat bagi mana-mana kursus semasa JAE juga digalakkan untuk mengemukakan rayuan melalui portal yang sama.
Rayuan boleh dikemukakan melalui portal itu dari pukul 9.00 pagi pada 4 Feb hingga 4.00 petang pada 7 Feb.
Keputusan akan diumumkan di portal yang sama pada pukul 9.00 pagi pada 21 Feb.

Sumber : CNA/SK/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.