Skip to main content

Singapura

Keputusan GCE A: Rekod 93.6% lulus sekurang-kurangnya 3 subjek H2

Jumlah rekod 93.6 peratus calon lulus sekurang-kurangnya tiga mata pelajaran H2 dalam peperiksaan GCE Peringkat A tahun lalu, menurut keputusan yang dikeluarkan pada Jumaat (19 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Keputusan GCE A: Rekod 93.6% lulus sekurang-kurangnya 3 subjek H2

(Gambar fail: Ruyi Wong)

Diterbitkan : 19 Feb 2021 04:44PM Dikemas Kini : 19 Feb 2021 04:49PM

SINGAPURA: Jumlah rekod 93.6 peratus calon lulus sekurang-kurangnya tiga mata pelajaran H2 dalam peperiksaan GCE Peringkat A tahun lalu, menurut keputusan yang dikeluarkan pada Jumaat (19 Feb).

Seramai 11,646 calon menduduki peperiksaan GCE Peringkat A tahun lalu, menurut kenyataan media Kementerian Pendidikan (MOE) dan Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapura (SEAB).

Daripada jumlah tersebut, 10,905 pelajar, atau 93.6 peratus, lulus sekurang-kurangnya tiga mata pelajaran H2 dan lulus dalam subjek Kertas Am atau Pengetahuan dan Penyelidikan.

Kadar kelulusan itu merupakan peningkatan berbanding rekod sebelumnya iaitu 93.4 peratus yang dicapai oleh kohort 2019 dan 93.3 peratus yang dicatat kohort 2018.

Disebabkan situasi COVID-19, pihak sekolah mengaturkan para calon peperiksaan untuk menerima keputusan mereka daripada sekolah masing-masing dengan pelaksanaan langkah-langkah pengurusan selamat, tambah MOE dan SEAB.

Calon persendirian akan diberitahu mengenai keputusan masing-masing melalui pos, seperti tahun-tahun sebelumnya. Semua calon juga boleh mengakses keputusan mereka melalui sistem keputusan SEAB.


Pemohon yang berminat untuk kemasukan dan/atau biasiswa ke universiti berautonomi digalakkan untuk menghantar permohonan mereka secara online, kata MOE dan SEAB.

Para pelajar yang membuat permohonan universiti berautonomi secara online tidak perlu menyerahkan salinan cetak sijil keputusan GCE A mereka

Lulusan GCE A yang layak dan sedang menimbangkan untuk melanjutkan pelajaran di politeknik boleh memilih untuk dikecualikan daripada modul dalam 120 kursus. Ini boleh mengurangkan masa diperlukan untuk mendapat diploma politeknik sehingga setahun.

Para pelajar boleh membuat permohonan langsung ke politeknik pada pertengahan Ogos untuk kemasukan pada Oktober tahun ini. Butir permohonan akan disediakan di laman politeknik masing-masing menjelang Mac.

Para pelajar juga boleh bertanya kepada guru mereka atau kaunselor pendidikan dan bimbingan kerjaya (EGC) yang menyokong sekolah-sekolah mereka untuk panduan mengenai pilihan pendidikan mereka.

Sebagai alternatif, mereka boleh merujuk ke portal interaktif MySkillsFuture untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pilihan pendidikan, laluan kerjaya dan kursus mereka.

Para pelajar juga boleh membuat janji temu untuk kaunseling online atau telefon dengan kaunselor dari Pusat EGC di MOE (Grange Road) melalui sistem e-janji temu, menghubungi talian hotline ECG di 6831 1420, atau menghantar emel ke MOE_ECG [at] moe.gov.sg. Khidmat ini disediakan hingga 19 Mac, kata MOE dan SEAB.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita