Keputusan GCE Peringkat 'N' pada 18 Dis
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Keputusan peperiksaan Peringkat 'N' Singapura-Cambridge 2025 akan dikeluarkan pada 18 Disember, menurut Kementerian Pendidikan (MOE) dan Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapura (SEAB) dalam kenyataan media bersama pada Khamis (11 Dis).
Calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka dari sekolah menengah masing-masing mulai pukul 2.00 petang pada 18 Disember. Butiran mengenai aturan pengambilan sijil akan dikongsi oleh sekolah masing-masing.
“Calon sekolah yang tidak dapat hadir untuk mengambil keputusan mereka boleh melantik seorang wakil untuk mengambil salinan fizikal keputusan mereka dari sekolah,” jelas MOE dan SEAB.
Wakil dikehendaki mengemukakan dokumen berkaitan untuk pengesahan di sekolah semasa mengambil keputusan, menurut MOE dan SEAB, sambil menambah bahawa calon sekolah boleh menghubungi sekolah masing-masing untuk mendapatkan bantuan pelantikan wakil.
Calon-calon privet dengan Singpass boleh menggunakan akaun Singpass masing-masing untuk mendapatkan keputusan mereka melalui Portal Calon SEAB dari 2.45 petang pada 18 Disember hingga 11.00 malam pada 2 Januari.
Mereka yang tidak mempunyai akaun Singpass boleh melihat keputusan mereka di portal sama menggunakan akaun yang mereka buat semasa pendaftaran mereka.
KURSUS ITE
Calon yang memohon kursus-kursus di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) boleh mengemukakan permohonan mereka online menerusi portal permohonan ITE antara 2.30 petang pada 18 Disember hingga 5 petang pada 22 Disember.
Borang permohonan secara fizikal juga akan disediakan di pusat pelanggan dan pelawat di tiga Kolej ITE.
Pemohon yang ingin mengambil borang permohonan fizikal hendaklah terlebih dahulu membuat temu janji dengan menghubungi pihak kolej.
Keputusan kemasukan ITE akan didedahkan pada pukul 9.00 pagi, 26 Disember, dan calon-calon boleh menyemak keputusan kemasukan mereka online melalui portal permohonan ITE.
Calon-calon yang mendapat tawaran daripada ITE harus menerima atau menolak tawaran tersebut melalui portal permohonan sama antara pukul 9.00 pagi, pada 26 Disember hingga 11.59 malam, pada 2 Januari.
SKIM KEMASUKAN LANGSUNG KE PROGRAM POLITEKNIK
Calon yang layak untuk Program Skim Kemasukan Langsung (DPP) akan menerima salinan Borang N daripada sekolah menengah mereka, yang mempelawa mereka untuk memohon program tersebut.
DPP menyediakan calon untuk lanjut ke kursus diploma politeknik terpilih melalui kursus Nitec Lanjutan selama dua tahun di ITE.
Di bawah program itu, calon-calon yang berjaya menamatkan kursus Nitec Lanjutan mereka dan mencapai Purata Nilai Gred minimum Nitec Lanjutan yang diperlukan untuk menjamin tempat mereka dalam kursus diploma politeknik yang diperuntukkan untuk kursus Nitec Lanjutan masing-masing.
Permohonan untuk DPP boleh dihantar secara online melalui portal permohonan ITE antara pukul 2.30 petang pada 18 Disember dan 5 petang pada 22 Disember.
Keputusan penempatan DPP akan dikeluarkan pada pukul 9.00 pagi pada 26 Disember, dan calon boleh menyemak keputusan penempatan online melalui portal permohonan ITE.
Mereka yang menerima tawaran DPP harus menerima atau menolak tawaran tersebut melalui portal permohonan ITE antara pukul 9.00 pagi pada 26 Disember dan 11.59 malam pada 2 Januari.
Calon yang belum mempunyai tempat yang disahkan dalam DPP harus melapor diri ke sekolah menengah mereka pada 2026 untuk Menengah 5.
PROGRAM ASAS POLITEKNIK
Calon yang berminat untuk memohon bagi Program Asas Politeknik (PFP) harus melaporkan diri terlebih dahulu ke sekolah menengah masing-masing pada 2026 untuk memulakan tahun Menengah 5 mereka, sementara menunggu pemberitahuan kelayakan dan pengesahan tempat dalam program tersebut.
PFP adalah program asas diploma yang dijalankan selama dua semester akademik di politeknik oleh pensyarah politeknik. Ia memenuhi keperluan pelajar Menengah 4 Normal (Akademik) yang memutuskan untuk melanjutkan pelajaran ke politeknik dan memenuhi syarat kelayakan program pada akhir Menengah 4.
Permohonan bagi PFP akan dibuka pada Januari 2026, pada hari keputusan Peringkat O dikeluarkan. Mereka yang layak untuk PFP akan menerima salinan Borang P pada hari yang sama, yang mempelawa mereka untuk memohon bagi program berkenaan.
SOKONGAN PANDUAN PENDIDIKAN DAN KERJAYA
Calon-calon digalakkan untuk meneroka pelbagai laluan pendidikan dan kerjaya yang disediakan untuk mereka bagi membuat keputusan sedia maklum tentang langkah seterusnya, tambah MOE dan SEAB.
Pelajar boleh melayari laman web CourseFinder MOE untuk mengetahui lebih lanjut tentang tawaran dan kursus di politeknik dan ITE. Mereka juga boleh melayari portal pelajar MySkillsFuture untuk maklumat lanjut tentang laluan pendidikan dan kerjaya.
Pelajar juga boleh berunding dengan guru mereka atau kaunselor pendidikan dan bimbingan kerjaya (ECG) di sekolah menengah masing-masing.
Mereka juga boleh membuat janji temu di Pusat ECG di MOE. Pusat ECG akan menawarkan perkhidmatan kaunseling online atau telefon dari 11 Disember hingga 26 Disember.

Sumber : CNA/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.