Keputusan GCE 'O' diumum pada 12 Jan
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Marcus Mark Ramos)
SINGAPURA: Keputusan peperiksaan GCE peringkat 'O' 2022 akan diumumkan pukul 2.00 petang pada Khamis depan (12 Jan).
Ibu bapa atau waris kepada pelajar boleh menemani mereka untuk mendapatkan keputusan, menurut Kementerian Pendidikan (MOE) dan Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapura (SEAB) pada Khamis (5 Jan).
Pelajar yang tidak sihat atau dikehendaki menjalani pengasingan kendiri kerana hasil positif ujian COVID-19 tidak harus ke sekolah untuk mendapatkan keputusan mereka.
Sebaliknya, mereka boleh mendapatkan keputusan mereka di portal SEAB mulai jam 2.45 petang pada 12 Januari.
Portal itu boleh diakses sehingga 26 Januari, menurut MOE dan SEAB.
Pelajar boleh menggunakan akaun Singpass mereka untuk mengakses portal itu, manakala pelajar antarabangsa akan menerima nama pengguna yang akan dikirimkan melalui emel mulai 9 Januari, untuk mengakses portal tersebut.
Pelajar yang tidak dapat mengambil keputusan mereka secara fizikal boleh melantik seorang wakil untuk mengambil keputusan bagi pihak mereka.
Wakil tersebut perlu menunjukkan dokumen relevan bagi pengesahan sekolah.
Pelajar boleh menghubungi sekolah mereka untuk sebarang bantuan jika mereka tidak dapat melantik seorang wakil atau sekiranya mereka belum menerima nama pengguna untuk mengakses portal tersebut, menurut MOE dan SEAB.
Calon persendirian yang mempunyai Singpass juga boleh mendapatkan keputusan mereka di portal tersebut pada 12 Januari, dengan salinan sijil peperiksaan akan dihantarkan kepada mereka melalui pos pada hari yang sama.
Pelajar boleh memohon bagi maktab rendah, Institut Millennia, politeknik dan Institut Pendidikan Teknikal (ITE) menerusi Pendaftaran Kemasukan Bersama (JAE)dengan menggunakan keputusan peringkat 'O' mereka.
Sistem Internet JAE boleh diakses dari pukul 3.00 petang pada 12 Januari hingga 4.00 petang pada 17 Januari untuk pelajar menyerahkan pilihan kursus mereka.
Calon yang layak akan menerima salinan Borang A, yang menyenaraikan keputusan mereka, kursus yang layak buat mereka serta kata laluan peribadi untuk mengakses Sistem Internet JAE apabila mereka mengambil keputusan mereka.
Calon persendirian akan menerima Borang A melalui pos.
Pelajar juga boleh melantik seorang wakil untuk mengambil Borang A mereka bermula 16 Januari.
Semua calon juga boleh memuat turun salinan Borang A dari Sistem Internet JAE dengan menggunakan akaun Singpass mereka semasa tempoh pendaftaran, menurut MOE dan SEAB.
KEPUTUSAN JAE AKAN DIUMUMKAN PADA 2 FEB
Keputusan JAE akan diumumkan pada 2 Februari melalui kiriman SMS dan Sistem Internet JAE.
Pemohon yang mendapat tempat di maktab rendah dan Institut Millennia harus melaporkan diri ke sekolah masing-masing pada 3 Februari.
Sekiranya pelajar tidak dapat melaporkan diri atas sebab yang sah pada hari pertama, mereka harus menghubungi sekolah itu untuk mengesahkan tempat di sekolah tersebut.
Pemohon yang mendapat tempat di politeknik dan ITE akan menerima e-mel atau surat daripada institusi masing-masing mengenai butiran pendaftaran selewat-lewatnya pada akhir Februari.

Sumber : CNA/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.