Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Keputusan GCE 'O' dikeluarkan 11 Jan, pelajar ambil sijil di bilik darjah

Keputusan peperiksaan GCE Peringkat 'O' 2020 akan dikeluarkan Isnin depan (11 Jan) pada 2.00 petang, umum Kementerian Pendidikan (MOE) dan Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapura (SEAB) dalam satu kenyataan media bersama.

Anggaran Waktu Membaca:
Keputusan GCE 'O' dikeluarkan 11 Jan, pelajar ambil sijil di bilik darjah

(Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 04 Jan 2021 06:23PM Dikemas Kini : 04 Jan 2021 06:30PM

SINGAPURA: Keputusan peperiksaan GCE Peringkat 'O' 2020 akan dikeluarkan Isnin depan (11 Jan) pada 2.00 petang, umum Kementerian Pendidikan (MOE) dan Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapura (SEAB) dalam satu kenyataan media bersama.

Disebabkan pandemik COVID-19, para pelajar akan menerima keputusan mereka dalam bilik darjah masing-masing dan tidak berhimpun sebagai satu kohort seperti tahun-tahun sebelumnya.

Hanya calon sekolah yang mengambil keputusan mereka akan dibenarkan masuk ke premis sekolah. Mereka juga harus mematuhi langkah-langkah pengurusan selamat.

Mereka yang kurang sihat, sedang menjalani perintah kuarantin, Notis Jangan Keluar Rumah atau cuti ketidakhadiran tidak harus datang ke sekolah untuk mengambil keputusan mereka, menurut MOE dan SEAB.

Sebaliknya, pelajar-pelajar ini boleh mendapatkan keputusan mereka secara online menerusi sistem pengumuman keputusan SEAB di www.seab.gov.sg mulai 2.45 petang Isnin depan. Sistem itu boleh diakses dari 11 Januari hingga 25 Januari.

Calon-calon sekolah yang layak bagi SingPass boleh menggunakan akaun mereka untuk mengakses sistem pengumuman keputusan online SEAB. Pelajar antarabangsa boleh mengakses sistem berkenaan menggunakan nombor pengenalan diri (PIN) yang dikeluarkan SEAB dan dihantar ke alamat emel mereka yang diberikan oleh sekolah kepada SEAB, kata kenyataan media itu.

Para calon juga boleh melantik wakil untuk mengambil salinan fizikal keputusan bagi pihak mereka.

Calon privet akan dimaklumkan mengenai keputusan masing-masing melalui pos. Keputusan akan dihantar pada 11 Januari.

Calon privet dengan akaun SingPass juga boleh mendapatkan keputusan mereka secara online. Mereka yang tidak mempunyai akaun SingPass boleh menggunakan PIN yang dikeluarkan SEAB dan dihantar ke alamat emel mereka.

Para pelajar yang ingin memohon untuk ke Maktab Rendah, Institut Millenia, politeknik atau Institut Pendidikan Teknikal (ITE) boleh berbuat demikian secara online dari 11 hingga 15 Januari.

Keputusannya akan dikeluarkan pada 28 Januari.

Maklumat lanjut berhubung pengumuman keputusan peperiksaan GCE 'O' boleh didapati di laman MOE.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan