Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Keputusan GCE 'O': 87.7% lulus sekurang-kurangnya 5 subjek, atasi rekod tahun sebelumnya

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 10 Jan 2025 05:06PM Dikemas Kini : 11 Jan 2025 12:50AM
SINGAPURA: Sekitar 87.7 peratus pelajar lulus sekurang-kurangnya lima mata pelajaran dalam peperiksaan GCE Peringkat 'O' tahun lalu, naik sedikit berbanding 86.8 peratus pada tahun sebelumnya.

Daripada 22,661 pelajar yang menduduki peperiksaan tahun lalu, 19,884 daripada mereka lulus sekurang-kurangnya lima mata pelajaran, menurut keputusan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan (MOE) dan Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapura (SEAB) pada Jumaat (10 Jan).

Pelajar mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah menengah masing-masing pada Jumaat.

Bilangan pelajar yang lulus sekurang-kurangnya tiga subjek naik sedikit daripada 96.7 peratus pada tahun 2023 kepada 97.3 peratus tahun lalu.

Bilangan pelajar yang lulus sekurang-kurangnya satu subjek pula kekal pada 99.8 peratus.

PENDAFTARAN KEMASUKAN BERSAMA (JAE)

Para pelajar yang ingin memohon masuk ke maktab rendah, Institut Millenia, politeknik dan Institut Pendidikan Teknikal (ITE) boleh berbuat demikian menerusi Latihan Kemasukan Bersama (JAE).

Sistem pendaftaran JAE dibuka dari pukul 4.00 petang Jumaat hingga pukul 4.00 petang, pada 15 Januari.

Pelajar-pelajar sekolah dan dari institut swasta, yang layak, sudahpun menerima borang mereka melalui alamat emel berdaftar mereka mulai 3.00 petang pada Jumaat.

Calon yang layak untuk JAE juga boleh memuat turun salinan borang pada Sistem JAE-Internet menggunakan Singpass mereka semasa tempoh permohonan.
 
Sumber : CNA/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan