Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Keputusan GCE 'O': 86.2% pelajar lulus sekurang-kurangnya 5 subjek, mengatasi rekod tahun sebelumnya

Anggaran Waktu Membaca:
Keputusan GCE 'O': 86.2% pelajar lulus sekurang-kurangnya 5 subjek, mengatasi rekod tahun sebelumnya

Para pelajar mengambil keputusan peperiksaan GCE Peringkat 'O' 2022 pada 12 Jan 2022. (Gambar: Facebook/Chan Chun Sing)

SINGAPURA: Sekitar 86.2 peratus pelajar lulus sekurang-kurangnya lima mata pelajaran dalam peperiksaan GCE Peringkat 'O' 2022, naik berbanding rekod tahun lalu iaitu sebanyak 85.6 peratus.

20,406 daripada 23,684 calon yang menduduki peperiksaan itu tahun lalu lulus lima atau lebih mata pelajaran, menurut keputusan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan (MOE) serta Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapura (SEAB) pada Khamis (12 Jan).

Pelajar mengambil keputusan dari sekolah menengah masing-masing pada Khamis.

Jumlah pelajar yang lulus sekurang-kurangnya tiga mata pelajaran meningkat sedikit kepada 96.6 daripada 96.4 peratus pada 2021 sementara jumlah pelajar yang lulus sekurang-kurangnya satu mata pelajaran kekal pada 99.8 peratus.

PENDAFTARAN KEMASUKAN BERSAMA (JAE)

Para pelajar yang ingin memohon masuk ke maktab rendah, Institut Millennia, politeknik dan Institut Pendidikan Teknikal (ITE) boleh berbuat demikian menerusi Pendaftaran Kemasukan Bersama (JAE).

Sistem Internet-JAE akan dibuka sehingga pukul 4.00 petang pada 17 Januari bagi pelajar menyerahkan pilihan kursus masing-masing, menurut MOE dan SEAB.

Calon yang layak, yang sudah mengambil keputusannya sendiri, akan menerima borang bersama kertas keputusan peperiksaan peringkat 'O' mereka, senarai kursus yang boleh mereka pilih di bawah JAE dan kata laluan peribadi untuk mengakses sistem tersebut.

Calon privet akan menerima borang tersebut menerusi pos.

Calon yang layak bagi JAE juga boleh memuat turun salinan borang itu dari Sistem JAE-Internet (JAE-IS) dengan menggunakan Singpass semasa tempoh pendaftaran.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan