Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Keputusan GCE 'O': 85.6% pelajar lulus sekurang-kurangnya 5 subjek

Sekitar 85.6 peratus pelajar lulus sekurang-kurangnya lima mata pelajaran dalam peperiksaan GCE Peringkat 'O' 2021, iaitu naik sedikit berbanding rekod tahun lalu sebanyak 85.4 peratus.

Anggaran Waktu Membaca:
Keputusan GCE 'O': 85.6% pelajar lulus sekurang-kurangnya 5 subjek

(Gambar: Facebook/Sekolah Menengah Zhonghua)

Diterbitkan : 12 Jan 2022 03:32PM Dikemas Kini : 12 Jan 2022 05:06PM

SINGAPURA: Sekitar 85.6 peratus pelajar lulus sekurang-kurangnya lima mata pelajaran dalam peperiksaan GCE Peringkat 'O' 2021, iaitu naik sedikit berbanding rekod tahun lalu sebanyak 85.4 peratus.

20,152 daripada 23,555 calon yang menduduki peperiksaan itu tahun lalu, lulus lima atau lebih mata pelajaran, menurut keputusan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan (MOE) dan Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapura (SEAB) pada Rabu (12 Jan).

Pelajar mengambil keputusan dari sekolah menengah masing-masing pada Rabu. Disebabkan pandemik COVID-19, aturan dibuat bagi setiap calon sekolah mengambil keputusan dari bilik darjah masing-masing, serupa dengan aturan pada 2021.

Hanya calon sekolah yang mengambil keputusan dibenar masuk ke premis sekolah, dengan langkah pengurusan selamat dilaksanakan.

Jumlah pelajar yang lulus sekurang-kurangnya tiga mata pelajaran merosot kepada 96.4 peratus berbanding 96.8 peratus pada 2020 sementara jumlah pelajar yang lulus sekurang-kurangnya satu mata pelajaran merosot sedikit kepada 99.8 berbanding 99.9 peratus.

Pelajar yang ingin memohon masuk ke maktab rendah, Institut Millenia, politeknik dan Institut Pendidikan Teknikal (ITE) boleh berbuat demikian menerusi Latihan Kemasukan Bersama (JAE) menggunakan keputusan peperiksaan mereka.

Sistem Internet-JAE akan dibuka kepada pelajar mulai pukul 3.00 petang ini hingga pukul 4.00 petang pada 17 Januari bagi pelajar mendaftar pilihan kursus masing-masing, menurut MOE dan SEAB.

Calon yang layak seharusnya menerima borang yang mengandungi keputusan peperiksaan peringkat 'O', senarai kursus yang boleh mereka pilih di bawah JAE dan kata laluan peribadi untuk mengakses sistem tersebut.

Calon privet akan menerima borang tersebut menerusi pos.

Semua calon boleh mengakses keputusan masing-masing secara online menerusi portal Calon SEAB.

Calon yang layak bagi JAE juga boleh memuat turun salinan borang itu dari Sistem JAE-Internet (JAE-IS) menggunakan Singpass semasa tempoh pendaftaran.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan