Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Keputusan GCE O: 85.4% pelajar lulus sekurang-kurangnya 5 subjek, naik berbanding tahun sebelumnya

85.4 peratus pelajar lulus sekurang-kurangnya lima mata pelajaran dalam peperiksaan GCE O 2020, naik sedikit berbanding rekod tahun sebelumnya, iaitu 85.2 peratus.

Anggaran Waktu Membaca:
Keputusan GCE O: 85.4% pelajar lulus sekurang-kurangnya 5 subjek, naik berbanding tahun sebelumnya

Gambar hiasan.

Diterbitkan : 11 Jan 2021 03:43PM Dikemas Kini : 11 Jan 2021 03:46PM

SINGAPURA: 85.4 peratus pelajar lulus sekurang-kurangnya lima mata pelajaran dalam peperiksaan GCE O 2020, naik sedikit berbanding rekod tahun sebelumnya, iaitu 85.2 peratus.

20,220  daripada 23, 688 calon yang menduduki peperiksaan itu tahun lalu, lulus lima atau lebih mata pelajaran, menurut keputusan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan (MOE) dan Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapura (SEAB) hari ini (11Jan).

Para pelajar menerima keputusan mereka hari ini. Disebabkan pandemik COVID-19, mereka menerima kertas keputusan di dalam bilik darjah dan bukan berhimpun di dewan seperti tahun-tahun sebelum ini.

Jumlah pelajar yang lulus sekurang-kurangnya tiga mata pelajaran naik kepada 96.8 peratus berbanding 96.5 peratus dalam peperiksaan 2019, manakala jumlah pelajar yang lulus sekurang-kurangnya satu mata pelajaran kekal sama, iaitu 99.9 peratus.

Para pelajar yang ingin memohon masuk ke maktab rendah, Institut Millenia, politeknik dan Institut Pendidikan Teknikal (ITE) boleh melakukannya menerusi Latihan Kemasukan Bersama (JAE) menggunakan keputusan peperiksaan masing-masing.

Sistem JAE-Internet itu akan dibuka kepada mulai pukul 3.00 petang ini hingga pukul 4.00 petang pada 15 Januari bagi para pelajar mendaftar pilihan mereka, menurut MOE dan SEAB dalam satu kenyataan media bersama.

Para calon yang layak akan menerima borang bersama kertas keputusan peperiksaan GCE O mereka hari ini, senarai kursus yang boleh dipilih di bawah JAE dan kata laluan peribadi untuk mengakses sistem tersebut.

Para calon privet pula akan menerima borang tersebut melalui pos yang dihantarkan ke alamat yang sudah diserahkan kepada SEAB. Tiada borang online disediakan.

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan