Keputusan GCE 'O' 2025 akan diumumkan pada 14 Jan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Keputusan peperiksaan peringkat GCE 'O' 2025 akan dikeluarkan pada pukul 2.00 petang pada 14 Jan.
Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan mereka dari sekolah menengah mereka pada hari itu, dengan butiran mengenai aturan bagi mendapatkan keputusan tersebut akan dikongsi oleh sekolah masing-masing, menurut Kementerian Pendidikan (MOE) dan Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapura (SEAB) pada Rabu (7 Jan).
Mereka yang tidak dapat berbuat demikian secara peribadi juga boleh melantik wakil untuk mengambil salinan fizikal keputusan tersebut bagi pihak mereka daripada sekolah.
Wakil mesti mengemukakan dokumen yang relevan untuk pengesahan pihak sekolah semasa mengambil keputusan tersebut.
Pelajar juga boleh menghubungi pihak sekolah untuk mendapatkan bantuan jika mereka tidak dapat melantik seorang wakil.
Sementara itu, calon privet yang layak untuk Singpass boleh menggunakan akaun mereka untuk mendapatkan keputusan masing-masing melalui portal calon SEAB mulai pukul 2.45 petang pada 14 Jan sehingga pukul 11.00 malam pada 28 Jan.
Mereka yang tidak layak untuk Singpass boleh melihat keputusan mereka dalam portal menggunakan akaun yang mereka buat semasa pendaftaran.
PERMOHONAN BAGI PROGRAM KEMASUKAN
Pelajar boleh memohon untuk memasuki Maktab Rendah (JC), Institut Millennia, politeknik dan Institut Pendidikan Teknikal (ITE) melalui Pendaftaran Kemasukan Bersama (JAE) menggunakan keputusan GCE 'O' mereka.
Calon yang layak akan menerima salinan digital Borang A melalui alamat emel berdaftar mereka mulai pukul 2.45 petang pada 14 Jan.
Borang A menyenaraikan markah agregat kasar calon untuk jenis agregat JC, politeknik dan ITE serta kursus yang mereka layak untuk memohon di bawah JAE.
Selain itu, mereka juga boleh memuat turun salinan Borang A di bawah Sistem Internet JAE semasa tempoh permohonan.
Sistem Internet JAE boleh diakses mulai pukul 4.00 petang pada 14 Januari sehingga pukul 4.30 petang pada 19 Januari supaya pelajar dapat menyerahkan kursus pilihan mereka.
KEPUTUSAN PERMOHONAN
Keputusan permohonan JAE akan dikeluarkan pada 3 Februari melalui SMS dan Sistem Internet JAE.
Pemohon yang mendapat tempat di maktab rendah dan Institut Millennia harus melaporkan diri ke sekolah masing-masing pada 4 Februari.
Jika pelajar tidak dapat melaporkan diri di maktab rendah atau Institut Millennia pada hari pertama sekolah disebabkan oleh alasan yang munasabah, mereka harus menghubungi pihak sekolah untuk mengesahkan tempat di sekolah tersebut, dan pihak sekolah akan menyimpan tempat untuk pelajar berkenaan.
Pemohon yang mendapat tempat di ITE akan menerima emel mengenai butiran pendaftaran pada 3 Feb, manakala pemohon yang mendapat tempat di politeknik akan menerima emel tersebut selewat-lewatnya pada hujung Februari.
KEMASUKAN LANGSUNG KE MAKTAB RENDAH
Pelajar yang menerima tawaran melalui skim Pengambilan Masuk Ke Sekolah Secara Langsung (DSA)-Maktab Rendah 2025 akan ditempatkan di maktab rendah pilihan mereka, sekiranya markah GCE 'O' mereka memenuhi kriteria kelayakan.
Pelajar tersebut tidak layak untuk menyertai JAE.
Pelajar yang tidak memenuhi kriteria kelayakan boleh menyertai JAE.
KEMASUKAN AWAL BAGI POLITEKNIK, ITE
Pelajar yang sebelum ini menerima tawaran bersyarat bagi kursus politeknik melalui Skim Kemasukan Langsung Ke Program Politeknik (DPP) pada 2025 akan menerima pengesahan sekiranya mereka memenuhi kriteria tersebut:
Markah ELR2B23 sebanyak 26 markah atau lebih rendah bagi peringkat GCE 'O' dan syarat kemasukan minimum bagi kursus politeknik masing-masing
Pelajar yang tidak memenuhi kriteria tersebut akan ditawarkan satu lagi peluang untuk memohon kemasukan ke politeknik melalui JAE.
Selain itu, pelajar yang sudah menerima tawaran bagi kursus ITE melalui Skim Kemasukan Awal ke ITE akan mendapat pengesahan jika mereka memenuhi keperluan kelayakan minimum bagi subjek tertentu bagi kursus ITE yang diingini.
PELAJAR MENENGAH 4 NORMAL (AKADEMIK)
Pelajar Menengah 4 Peringkat Normal (Akademik) yang menduduki subjek peringkat GCE 'O' boleh menggunakan keputusan mereka untuk mendapatkan tempat dalam Program Asas Politeknik (PFP) atau Skim Kemasukan Langsung ke Program Politeknik (DPP).
Program Asas Politeknik (PFP) adalah alternatif kepada Menengah 5 N (Akademik).
Pendaftaran bagi program tersebut akan dibuka dari pukul 2.30 petang, pada 14 Januari, sehingga pukul 4.30 petang pada 19 Januari. Keputusan permohonan akan dikeluarkan secara online pada pukul 1.30 petang pada 26 Januari.
Pelajar harus mengesahkan jika mereka menerima, menolak atau membuat permohonan untuk menukar kursus sebelum pukul 4.30 petang pada 29 Januari.
Pelajar yang layak di bawah Skim Kemasukan Langsung ke Program Politeknik (DPP) boleh membuat pendaftaran mereka secara online bermula pukul 12.00 tengah malam pada 14 Januari sehingga pukul 11.59 malam pada 19 Januari.
Keputusan permohonan akan dikeluarkan pada pukul 9.00 pagi, 21 Januari.
Mereka yang ditawarkan tempat dalam Skim Kemasukan Langsung ke Program Politeknik harus melaporkan diri di ITE pada 26 Januari.
Hari sekolah terakhir untuk pelajar Menengah 5 yang mengesahkan tempat dalam Program Asas Politeknik adalah 30 Januari.
Mereka akan dimaklumkan oleh pihak politeknik mengenai tarikh pendaftaran bagi kursus yang diingini.

Sumber : CNA/HA/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.