Keputusan GCE 'N': 76.7% pelajar Normal Akademik boleh maju ke Menengah 5
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: CNA)
SINGAPURA: Sekitar 99 peratus pelajar yang menduduki peperiksaan peringkat GCE 'N' peringkat Normal Akademik dan Normal Teknikal sudah menerima keputusan mereka.
Hampir 14,000 pelajar peringkat Normal Akademik dan Normal Teknikal mengambil peperiksaan tersebut.
Sebanyak 76.7 peratus daripada pelajar dari kursus Normal Akademik mempunyai pilihan untuk maju ke Menengah 5.
Program Asas Politeknik (PFP) yang membantu pelajar bersedia untuk kursus diploma akan menawarkan sekitar 2,000 tempat untuk tahun akademik akan datang.
Jumlah itu lebih tinggi berbanding sekitar 1,700 tempat pada tahun lepas.
Di samping itu, pelajar N(A) yang meraih agregat tidak melebihi 12 mata dalam peperiksaan GCE 'N' dan memenuhi syarat kelayakan, boleh memohon untuk PFP bulan depan.
Sementara itu, pelajar dari kursus Normal Teknikal boleh melanjutkan pengajian di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) atau meneruskan ke kursus Normal Akademik jika memenuhi syarat subjek yang diperlukan.

Sumber : CNA/SY/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.