Keputusan GCE 'A" - Dua pelajar cemerlang prihatin tentang isu sosial; ingin berbakti kepada masyarakat
Anggaran Waktu Membaca:
BERITAMediacorp: El'yez Mu'arif sentiasa prihatin tentang isu-isu sosial yang berlaku dalam masyarakat sejak di sekolah menengah lagi.
Bekas pelajar Maktab Rendah Tampines Meridian itu kerap menyertai sesi-sesi dialog nasional untuk berkongsi pandangan.
Beliau pernah menyertai sesi dialog Hari Keharmonian Kaum bersama Menteri Kedua dalam Pendidikan, Maliki Osman dan dialog mengenai kesihatan mental bersama Menteri Pendidikan, Chan Chun Sing.

"Saya rasakan ia penting bagi remaja seperti saya untuk mengambil berat tentang isu-isu yang telah berlaku kerana ia akan menjejas diri saya pada masa hadapan. Sebagai contoh, isu-isu seperti kos sara hidup yang telah menjejas ramai dalam masyarakat kita baikpun remaja ataupun warga tua dan ia merupakan sesuatu yang harus didebatkan bukan sahaja di parlimen tetapi juga dalam pembicaraan yang tidak formal," kata El'yez Mu'arif.
Selain itu, anak tunggal berusia 18 tahun itu, juga prihatin tentang isu-isu kesihatan mental dalam kalangan golongan muda.
Selain itu, anak tunggal berusia 18 tahun itu, juga prihatin tentang isu-isu kesihatan mental dalam kalangan golongan muda.
"Terdapat rakan-rakan saya yang rasa murung sedikit kerana mereka mungkin merasakan mereka tidak mampu melakukan yang terbaik buat pemeriksaan 'A', tetapi apa yang saya lakukan adalah untuk berbual dengan mereka dan cuba membuatkan mereka memikirkan perkara yang lain selain peperiksaan kerana saya rasakan bahawa dalam kehidupan kita, peperiksaan itu adalah satu fasa sahaja dan terdapat lebih banyak peluang lain untuk kita ceburi agar kita dapat memperbaiki diri kita.
El'yez yang meraih gred A buat kertas Am dalam GCE A tahun ini berhasrat untuk menceburi bidang sains politik atau hal ehwal global semasa di universiti.
El'yez yang meraih gred A buat kertas Am dalam GCE A tahun ini berhasrat untuk menceburi bidang sains politik atau hal ehwal global semasa di universiti.
GEMBIRA DAPAT BANTU GOLONGAN BERPENDAPATAN RENDAH
Seorang lagi belia yang giat dalam kerja-kerja kemasyarakatan ialah Nadia Koh Mohd Haiquel.
Pelajar Maktab Rendah Victoria itu meluangkan masa hampir setiap bulan untuk menjadi sukarelawan di Persatuan Orang Berkeperluan Khas (ASPN).

"Saya dibesarkan dalam keluarga yang sangat penyayang dan mereka adalah pendorong saya. Jadi saya membesar dengan sangat ceria. Tapi apabila saya meningkat usia, saya sedar ada lebih ramai orang yang memerlukan pertolongan jadi saya cuba sedaya upaya untuk membantu orang sebaik mampu," kongsi Nadia.
Selain itu, beliau juga mengajar tuisyen kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah pada setiap hari Sabtu bersama dengan empat orang rakannya dalam projek "Happy Children, Happy Future".
"Untuk pekerjaan sosial, ini adalah masa untuk saya berehat daripada belajar. Kanak kanak itu juga memberi saya kegembiraan," ujar beliau.

Nadia yang meraih 5 A dalam lima mata pelajaran merancang untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang psikologi dan kerja sosial di universiti.
Sementara itu, beliau menjalani latihan amali selama tiga bulan di Unit Perlindungan Kanak-Kanak Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) di mana beliau berpeluang membantu dalam kes-kes melibatkan kanak-kanak seperti penderaan dan pengabaian.

Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.