Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Keputusan GCE 'A' diumum 22 Feb

Keputusan peperiksaan GCE peringkat 'A' 2021 akan diumumkan pada Isnin 22 Februari, pukul 2.00 petang.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Keputusan peperiksaan GCE peringkat 'A' 2021 akan diumumkan pada Isnin 22 Februari, pukul 2.00 petang.

Para pelajar akan menerima keputusan mereka di bilik darjah masing-masing.

Dengan langkah pengurusan selamat COVID-19 dilaksanakan, hanya calon yang mengambil keputusan akan dibenarkan di premis sekolah, menurut Kementerian Pendidikan (MOE) dan Lembaga Penilaian dan Peperiksaan Singapura (SEAB) dalam satu kenyataan media bersama pada Selasa (15 Feb).

Pelajar yang diberikan amaran risiko kesihatan COVID-19 akan dibenarkan untuk mengambil keputusan peperiksaan mereka jika diuji negatif menggunakan ujian pantas antigen (ART) yang diambil pada hari yang sama sebelum mereka ke sekolah.

Mereka yang kurang sihat atau perlu menjalani pengasingan kendiri disebabkan positif COVID-19, tidak harus ke sekolah, menurut MOE dan SEAB.

Sebaliknya, mereka boleh melihat keputusan mereka online di portal SEAB mulai pukul 2.45 petang pada 22 Feb. Portal itu boleh diakses sehingga 8 Mac.

Pelajar boleh menggunakan akaun Singpass mereka untuk mengakses portal itu, sementara pelajar antarabangsa akan menerima nama pengguna untuk mengakses portal itu menerusi emel mulai 17 Feb

Calon juga boleh melantik seorang wakil untuk mengambil keputusan bagi pihak mereka. Wakil tersebut perlu menyerahkan dokumen relevan bagi pengesahan pihak sekolah.

Para pelajar boleh menghubungi sekolah masing-masing untuk mendapatkan bantuan jika mereka tidak dapat melantik seorang wakil, atau jika mereka belum menerima nama pengguna untuk mengakses portal online, menurut MOE dan SEAB.

Calon privet akan menerima keputusan mereka menerusi pos, yang akan dihantar pada 22 Feb kepada alamat yang mereka berikan kepada SEAB.

Mereka yang mempunyai Singpass boleh mendapatkan keputusan masing-masing menerusi portal online. Calon yang tidak mempunyai Singpass akan menerima nama pengguna untuk mengakses portal itu menerusi emel.

Pelajar yang ingin membuat permohonan ke universiti tempatan dan/atau biasiswa harus melakukannya online. Mereka tidak perlu menghantar salinan sijil peperiksaan GCE 'A', menurut pihak berkuasa.

Lebih banyak maklumat mengenai proses permohonan ke universiti boleh didapatkan dari laman institusi berkenaan dan pemohon boleh menghubungi mereka secara langsung bagi mendapatkan penjelasan lanjut.

Pelajar yang ingin mendapatkan panduan berhubung pilihan pendidikan mereka boleh menghubungi guru mereka atau kaunselor Bimbingan Kerjaya dan Pendidikan di sekolah masing-masing.

Mereka juga boleh merujuk kepada portal MySkillsFuture bagi maklumat lanjut tentang pilihan pendidikan, laluan kerjaya dan kursus yang ditawarkan.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan