Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Keputusan GCE 'A' diumum 17 Feb

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Keputusan peperiksaan GCE peringkat 'A' 2022 akan diumumkan pada Jumaat (17 Feb), pukul 2.30 petang. 

Para pelajar akan menerima keputusan mereka di sekolah masing-masing. 

Ibu bapa atau penjaga boleh mengiringi anak atau jagaan mereka ke sekolah untuk menerima keputusan sekiranya mereka ingin berbuat sedemikian, menurut Kementerian Pendidikan (MOE) dan Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapura (SEAB) dalam kenyataan bersamanya pada Jumaat (10 Feb). 

Tahun lalu, hanya calon yang menerima keputusan mereka dibenarkan di premis sekolah disebabkan langkah pengurusan selamat COVID-19 yang berkuat kuasa. 

Calon yang tidak sihat harus mengamalkan tanggungjawab sosial, menurut MOE dan SEAB. 

Para pelajar boleh melihat keputusan mereka online melalui portal calon SEAB mulai pukul 3.15 petang pada hari yang sama sehingga pukul 11.59 malam pada 3 Mac.

Pelajar juga boleh menggunakan akaun Singpass mereka untuk mengakses portal tersebut, manakala pelajar antarabangsa akan menerima nama pengguna menerusi emel pada 14 Februari. 

Calon juga boleh melantik seorang wakil untuk mengambil keputusan bagi pihak mereka. Wakil tersebut perlu menyerahkan dokumen relevan bagi pengesahan pihak sekolah. 

Para pelajar boleh menghubungi sekolah masing-masing untuk mendapatkan bantuan jika mereka tidak dapat melantik seorang wakil, atau jika mereka belum menerima nama pengguna untuk mengakses portal online, tambah MOE dan SEAB. 

Calon privet boleh menggunakan akaun Singpass mereka untuk mendapatkan keputusan masing-masing menerusi portal online SEAB mulai pukul 3.15 petang pada 17 Febuari. Mereka yang tidak mempunyai akaun Singpass boleh melihat keputusan mereka menggunakan akaun yang dibuat sewaktu pendaftaran. 

Calon privet juga akan menerima sijil keputusan yang dihantarkan menerusi pos pada hari yang sama kepada alamat yang diberikan sewaktu pendaftaran. 

Pelajar yang ingin membuat permohonan ke universiti tempatan dan/atau biasiswa harus melakukannya online. Mereka tidak perlu menghantar salinan sijil peperiksaan GCE 'A', menurut pihak berkuasa. 

Mereka boleh melayari laman CourseFinder MOE untuk melihat kursus-kursus yang ditawarkan di universiti-universiti tersebut. 

Lebih banyak maklumat mengenai proses permohonan ke uiversiti boleh diperolehi dari laman institusi berkenaan dan pemohon boleh menghubungi mereka secara langsung bagi mendapatkan penjelasan lanjut. 

Pelajar yang ingin mendapatkan panduan berhubung pilihan pendidikan mereka boleh menghubungi guru atau kaunselor Bimbingan Pendidikan dan Kerjaya di sekolah masing-masing. 

Mereka juga boleh merujuk kepada portal MySkillsFuture bagi maklumat lanjut tentang pilihan pendidikan dan laluan kerjaya yang ditawarkan.

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan