Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Keputusan GCE A akan diumumkan pada Jumaat, 19 Feb

Keputusan Peperiksaan GCE A akan dikeluarkan Jumaat depan pada 19 Feb, menurut Kementerian Pendidikan (MOE) pada Rabu (10 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Keputusan GCE A akan diumumkan pada Jumaat, 19 Feb

(Gambar: MOE)

Diterbitkan : 10 Feb 2021 01:42PM Dikemas Kini : 10 Feb 2021 01:46PM

SINGAPURA: Keputusan Peperiksaan GCE A akan dikeluarkan Jumaat depan pada 19 Feb, menurut Kementerian Pendidikan (MOE) pada Rabu (10 Feb).

Disebabkan oleh keadaan COVID-19, para calon akan menerima keputusan peperiksaan di bilik darjah sekolah masing-masing dan bukan berkumpul di dewan sekolah, menurut kementerian tersebut.

Hanya para calon saja yang akan dibenarkan memasuki premis sekolah dan mereka dikehendaki mematuhi langkah-langkah pengurusan selamat.

Mereka boleh mula mendapatkan keputusan masing-masing dari pukul 2.30 petang pada Jumaat.

Para calon yang layak untuk SingPass boleh menggunakan akaun SingPass mereka untuk mengakses sistem Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapura (SEAB). Sistem itu boleh diakses dari 19 Feb hingga 5 Mac.

Selain itu, mereka juga boleh melantik seorang wakil untuk mendapatkan salinan keputusan peperiksaan bagi pihak mereka. Para wakil dikehendaki mengambil keputusan peperiksaan tersebut sebelum 23 Feb dan mengemukakan dokumen-dokumen yang relevan untuk pengesahan sekolah.

Calon sekolah boleh menghubungi sekolah mereka untuk mendapatkan bantuan sekiranya mereka tidak dapat melantik wakil atau jika mereka belum menerima kata laluan mereka untuk mengakses keputusan peperiksaan melalui sistem SEAB.

MOE menegaskan bahawa para calon yang tidak sihat, ataupun di bawah arahan kuarantin atau cuti sakit sehingga 19 Feb, tidak perlu melaporkan diri ke sekolah mereka.

Mereka boleh mendapatkan keputusan peperiksaan mereka secara online manakala para calon privet pula akan dimaklumkan mengenai keputusan mereka melalui kiriman pos pada 19 Feb.

Para pelajar yang ingin memohon kemasukan dan/atau biasiswa universiti digalakkan untuk membuat permohonan secara online. Para pelajar yang membuat permohonan universiti secara online tidak perlu menyerahkan salinan cetak bagi sijil keputusan GCE A.

Lebih banyak maklumat mengenai proses yang terlibat dalam permohonan kemasukan ke universiti boleh didapatkan di laman institusi masing-masing, menurut MOE.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan